Tuesday, June 13

Islamic Tourism Trip to Kuala Lumpur (Part 2)

Assalamualaikum
*sambungan dari part 1
3) Masjid Negara 

Masjid Negara ni lokasi dia kat sebelah Islamic Art Museum je. Jadi kami berempat jalan kaki je kesini.
Masa ni zohor dah masuk pun so kami solat terus lah kat situ. Untuk aku yang first time ni, sesat kejap mencari tempat wudhuk. Sebab aku masuk ikut belakang. Dekat belah depan, tourist berkumpul nak masuk. 
Mcm dekat sini, tourist yang nak masuk kena pakai pakaian khas yang disediakan (pakaian menutup aurat). Bayaran aku tak pasti pulak ada ke takde ke mahal ke murah ke. Tapi ada waktu melawat khas untuk non-muslim.
Image result for masjid negara opening hours
Masjid Negara ni besar. Dlm tu ada air pancuran dan segala mcm la. Tempat wanita solat tak lah luas sgt. Rasanya memadai lah kot. Telekung sejadah semua pun disediakan dengan bersih. Tempat wudhuk pulak agak jauh dari tempat solat. 
Kalau hujan, licin, jadi hati-hati la turun tangga tu. Tandas dia boleh tahan kecik la. Tapi ok lah bersih la. Selipar takde pelik jugak le. Yelah dalam tu mesti licin kan nak jalan kaki ayam. 
Image result for masjid negara opening hours
bahagian ruangan solat

Image result for masjid negara opening hours
air pancuran

Gambar lain boleh lah korang google je. 
Mcm biasa dari sini ke next place naik grab aje.
Grab: RM5

4) NU Sentral

Image result for nu sentral
dalam

Nu sentral ni bukan lrt station ok. Ni shopping mall. Lebih kurang mcm Times Square dgn Mid Valley, mall ni connect dgn lrt station iaitu KL Sentral. Mcm biasa la mall kan. Mcm2 lah ada.
lepastu kitorang cover KL Sentral.
5) KL Sentral
Takde apa sangat nak cerita pasal KL Sentral ni. Semua pun tahu dekat sini kau boleh naik LRT dan bas utk bergerak. KL Sentral ni besar jugak dalam ni ada macam2 tempat makan semua la. Cuma unconvenient sikit sbb token machine utk KTMB selalu rosak so kalau tgh peak hour beratur kat kaunter tiket tu memang panjang.

6) Sultan Abdul Samad & Dataran Merdeka

Aku gabungkan dua tempat ni sekali sebab bangunan ni dgn dataran ni berhadapan je. Bangunan ni aku tak sure boleh masuk ke tak sebenarnya. Masa kami pergi sedang ada construction jadi tak masuk pun tangkap gambar kat depan je.

Dataran Merdeka ni sebenarnya tak sure apa connection dgn Islamic tapi lecturer suruh bukak minda pandang ke hadapan ya. Dia kata banyak peniaga melayu(?) dekat sini which yang aku nampak banyak mat rempit aje. Yg penjual pun yg jual belon air bubble tu dengan jual air tin bergerak.

Lepas tu kami balik untuk berehat since malam nya nak keluar makan pulak.

7) Restoran ABC Ali Cafe

Ni mamak sebenarnya. Bertempat ni Jalan Masjid India. Kononnya nak cover jalan masjid india malam ni tapi kami smpi lebih kurang jam 10 jadi flee market jalan masjid india pun dah tutup. So dtg makan semata. Lauk kat sini memang sedap. Kami makan Nasi Dalca malam ni. Ada yang letak ayam bawang ada yang letak kari ada yang letak merah. Mcm2. Harga pulak standard, below RM15.

Pekerja kedai ni semua friendly, kami nak selfie dia ambik hp tlg gambarkan kami. Bagus betul. Lepastu order kami dia ingat seketul2 takde refer order note pun. Siap ingat setiap kami ni makan apa and so on.

Recommended!


Day 3: 2 May 2017 (Tuesday)

8) Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru

Utk breakfast, kami pergi ke Kampung Baru. Dekat KL ni, Kg Baru ni kira famous la untuk berjalan. Klu malam lagi meriah. Kami pergi sebab nak cari nasi lemak ni. So dah sampai, layan diri ya, ambik pilihan lauk dan terus bayar di kaunter. Breakfast kami lebih kurang jam 10pagi ya.

Masa ni kami makan mcm2 la, zikry ambik sotong, aku pun. Pastu ada yang ambik ayam goreng. Memang sedap. Range harga mengikut makan lah. Standard. 

*takde gambar sebab kat sini sibuk merekod documentary*

9) Jalan Masjid India

Disebabkan malam semalamnya kami dah lambat nak jalan, jadi lepas breakfast tu kami terus bergerak ke Jalan Masjid India. Sini dunia shopping untuk yang minat kain. Utk peminat emas dan saree pun boleh datang sini. Sesuai dengan nama lah. Tempat ni jual pelbagai barangan yang berkaitan dengan India.

Pun takde gambar, boleh google aje. 

10) Den Wahab 

Ini salah satu IKS yang kami pilih. Mmg requirement dia, dia nak IKS dlm documentary kami. so kedai Den Wahab ni kedai milik bumiputera 100% dia jual baju melayu dan kelengkapannya smua la. Nama ni aku biasa dengar cuma aku tak sure dari mana aku biasa dengar.

Jadi itu la serba sedikit 10 tempat yang kami lawat dan cover dalam documentary. Sebarang pertanyaan boleh komen aje ya :)

Insyaallah next post, aku akan cerita pasal pengalaman mencari tempat intern pulak ;)

Love,
Ekin.


Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH