Tuesday, May 9

Islamic Tourism Trip to Kuala Lumpur (Part 1)

Assalamualaikum

As promised in the last post, its time to update my backpacker style education-trip to Kuala Lumpur. 
Before aku start, just nak inform, ini bukan trip suka-suka ya. Ini trip akademik group for assignment in Islamic Tourism subject. Untuk yang mencari trip backpacker travel for fun lets skip this.

the requirement for the assignment

Okay dah faham eh? So ini bukan lah trip yg menyeronokkan sangat. Akademik trip kan, so we didnt fully explore Kuala Lumpur actually. Just a few places that meet the criteria for assignment.

AND ALSO THIS POST AKAN ADA 2 PART AND PANJANG SEBAB AKU AKAN CERITA DETAILS SEPANJANG JOURNEY. SILA SKIP JIKA MALAS BACA 

Sebelum tu, entry ni akan bermula journey kami dari Kluang, Johor, bukan Melaka. Actually kami ada dua assignment utk dua subject berbeza. Jadi kami nak buat assignment yg first tu dulu tempatnya di Kluang. Kami kena pergi gunung. Tapi malangnya, preparation takde begini la jadi. Sampai2 je office tutup sape pun takde utk kami dptkan information untuk assignment. Jadi kami dah bazir duit ambik bas dari Melaka ke Kluang, Johor. So ok lets begin.

Day 1: 30 April 2017 (Sunday)

After spending half of day dekat Johor tu, pukul 3 kami beli tiket ke KL dari Kluang.
Kami dah terbeli tiket pukul 5 tau sebelum pergi site. Tiba-tiba bila dah site pun takde org, kami nak pergi KL checkin awal la. Boleh rest ke apa ke kan. Jadi kami decide nak tukar tiket awal sikit. Bila call, dia kata paling awal pukul 3.30. Dan kena tgk ada kosong atau tak. Masa tu dh kul 3. Kitorang pulak ada kat Kluang Parade masa tu. Mcm lipas kudung berlari ke kereta utk berkejar ke bus station. 

Tunggu zikry pulak hantar kereta kat abg dia semua, dgn hujan nya dgn bas dh smpi nya, drama sgt rasa. Haha. Tapi alhamdulillah, mudah urusan kami, kami berjaya naik bas pukul 3.30ptg tu ke KL. Ngam ada sit utk kami berempat.

Harga tiket Kluang-KL : RM25/person
ETA: 3 hours 30 minutes. 

Dalam lebih kurang jam 7malam, kami tiba di TBS. Sekali lagi berkejar untuk jamak zohor/asar. Alhamdulillah sempat. Lepastu kami dinner dekat foodcourt TBS je. Utk yg first timer mcm zikry, lee and kecik. Meh akk nak ajar. Haha. Kat foodcourt TBS, korang akan byr guna kad. Ala-ala touch n go la. So kena topup dulu. Bila topup korang akan dpt kad tu. Dan byr di kaunter makan minum guna kad, Tak boleh guna cash. Aku dan kecik share kad aku je sbb aku dh biasa dtg TBS. Kami topup 20ringgit je untuk makan dua orang.

Kecik sakit tekak pulak, so beli bubur je. Aku mcm biasa cari nasi la. Lepas makan, korang boleh claim semula duit yg ada dlm kad tu td. Aku ada balance RM8 mcmtu so bila claim, dia akan ambik kad kau. Kalau kau tak claim, kau boleh pegang lah kad tu tp igt, ada limit time utk pgg kad tu. In case korang tak datang dah ke TBS dlm tempoh tu, kad tu expired and duit tak dpt claim. So utk mudah, pergi lah claim ok :)

Next, selesai semua lebih kurang kul 9.20pm, kami bertolak utk checkin di Guesthouse. Lebih kurang 30minit perjalanan.
 
Kami ambik LRT dari TBS ke Pasar Seni, Tapi takde lrt direct ok so kami bertukar stesen di Masjid Jamek dan terus ke Pasar Seni.

LRT TBS - Pasar Seni: RM3.50

Kami sampai lebih kurang jam 10. Dari Stesen LRT Pasar Seni, kami jalan kaki aje untuk ke hotel kami tu. Lebih kurang 5-10 minit tak masuk sesat pusing pusing. 

Untuk penginapan, kami menginap di Ranting Guesthouse. Kami ambik dua bilik. Satu aircond, satu kipas. Lelaki ambik bilik aircond. Aku ambik bilik kipas sebab kecik taknak aircond. Tapi walaupun kipas, sejuk bakhang! Dah ah takde selimut. Nasib aku bawak towel lebih. Ada surau provided tapi surau pun share ek laki ppuan. Emmm. Yg ppuan kalau solat tu kunci je lah pintu dari dalam ya. Plug pulak ada 2 je dlm bilik kitorang, Sebab ambik bilik kipas satu je la since satu dh guna utk kipas. 
So yeah.... I give only 4/10 for the convenient and quality of this hotel. 

Harga untuk dua malam

*provided with a towel and soap only
*our room has one pillow only (no blanket)

Aircond Twin Bed Room : RM85 (exclude tax)
Fan Twin Bed Room: RM73 (exclude tax)
Deposit RM30 every room.

Related image
dari depan

Ranting Guest House 'Interior'
interior look

our room look (dlm gmbr 2 kipas 2 plug bila dpt bilik satu kipas je kat center and 1 plug minus the one for fan)

guys room look

*all hotel photo is google/booking.com source*

Guesthouse ni concept tourist budget mcmtu la. So it have shared bathroom/toilet. Unconvenient for those who want privacy. Pada kecik pun quite unconvenient sbb dia rendah so tempat bukak shower tu sikit tinggi lah dia payah sikit haha. Tapi sebab kami pun backpacker style, langgar je lah. Asalkan selamat je lah. Lokasi dia betul2 dalam Petaling Street eh. 

Kalau malam takde buat mende boleh buang masa kat Petaling Street eh. Kalau anda perempuan, jgn jalan sgt eh, sebab ye la kawasan tourist ni, tahu lah orang minum sana sini satgi kau jumpa mabuk2 kang haa. Malam tu kami letih gila so mmg tak keluar la. Aku dgn kecik turun pun dah lambat sgt kedai pun tutup semua dah. Yg laki tumbang dah. So kami pun naik dan tidur lah utk hari esoknya.

Day 2: 1 May 2017 (Monday)

1) Pasar Seni

Kami mulakan pagi kami di Pasar Seni. Lokasi pertama iaitu Pasar Seni. Pasar Seni ni mcm bangunan mall la lebih kurang. Dlm tu ada atm, kedai mkn, kedai cenderamata and semua la.
Related image
part of inside view

*all images above is google source*

Memandangkan assignment kami ni buat documentary jadi kami takde gambar. Sebab semua record. Pakai iPhone je. Takde kamera gopro apa segala takde. Kami jalan kaki je pergi Pasar Seni ni. Sebab dekat. 3 minit berjalan kaki. Kami keluar dari hotel lebih kurang kul 11pg la. Jadi takde breakfast pun. Aku alas perut dgn roti je sbb ada gastrik kan.

Sementara zikry and lee shoot, aku dgn kecik p la beli ayam uncle bob kt kedai2 tepi pasar seni tu sbb kecik dah lapar sgt. Kami beli mineral utk kaum adam tu. Hari sgt panas ya. Sila bwk kipas. Lee dgn zikry aku tgk mcm dh baru lepas mandi lencun habis. Haha

Business Hour: 10am - 9.30pm
Entrance: FOC

Kami lunch dekat Texas Chicken area situ jugak jalan kaki je. Sambil menilik peta KL dan menyusun semula perjalanan, isi perut utk teruskan perjalanan. 

Lunch: RM20

Utk ke destination seterusnya, kami naik Grab aje. For info, Grab is very convenient utk bergerak. Kalau kawasan korang nak pergi tu takde train or bus, naik lah Grab. Grab ni bagusnya kau stuck jem pun harga dia sama je takde caj mcm meter taxi tu. 

Grab Fare (Texas Chicken - Islamic Art Museum) : RM4

2) Islamic Art Museum Malaysia 

Di sini pelbagai pameran dan seni Islam dipamerkan. Bangunan ni ada 3 level utk pameran dan ground floor ada kedai cenderamata dan restaurant. Setiap level memang luas. Aku memang rasa nak duduk atas kerusi roda auto. Punya luas tak terjalan aku nak perhati setiap benda. Disini dibenarkan ambik gambar tanpa flash. Dan video tidak dibenarkan. Kami dah rakam hampir ssemua baru tahu tak boleh record aigo la. Aku tgk rmi je relax record. Ye la takde pulak inform tak boleh kat counter kan.

Level 1 tu keluar lif je kau akan nampak lah replica bangunan Islamik; Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Taj Mahal etc.

Jln belakang sikit ada pameran ayat al quran. dan mcm2 lah. Tak tersebut aku nak sebut kat sini. Setiap area pulak kalau tgok atas ada design kubah berlainan. Ada jugak design kubah terbalik.

Image result for islamic museum kl opening hours
kubah terbalik

*all photo above is google source*

Toilet korang boleh jumpa dkt level bawah dekat sebelah restaurant. Kami pergi Isnin jadi hari isnin ni hari restaurant ni tutup. Dekat sourvenir store korang boleh beli la apa nak beli. Aku beli kat mak aku fridge magnet dgn bookmark je. 

Website : http://www.iamm.org.my/
Business Hour: 10am - 6pm (everyday) / the restaurant is closed on Monday only.
Entrance Fee : RM6.40 (with student ID)
Kos sourvenir : RM13

*aku sambung next place dkt next post eh. panjang sgt dah ni. 

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH