Thursday, May 4

Day Trip at Malacca (Islamic Tourism Subject)

Assalamualaikum
29 April 2017, our class kena buat satu class trip for one of our subject, Islamic Tourism. 

Memandangkan byk bajet kena cut, so kononnya daripada pergi China, Korea and KL, last nya kami pergi area Melaka je. Even our proposal utk 2 days trip at KL pun kena reject sebab kos. So here we are going in a day trip around Melaka.

Memakai tema smart casual + islamic concept, kami yg ppuan plih tudung hitam sebagai warna tudung. Yg lelaki mcm biasa la kemeja/ tshirt berkolar je.


Okay lets start.

this is us waiting for others in the morning.

Disebabkan cuma day trip, aku buat one part post je lah. After this aku update KL trip pulak yg tu insyaaAllah 2 part sebab 3days 2 night.

So kitorang bertolak around 8 la. 8 lebih sikit. Kami breakfast dlm bus je. Pastu lokasi pertama kami ke Hanuris Enterprise (Kilang Belacan). Lokasi nya di Merlimau, Melaka. Kitorang pergi sini sebab nak penuhkan requirement subject kena cari IKS (Industri Kecil Sederhana) which is own by Malay.

1) Hanuris Enterprise

Takde apa nak cerita, cuma lah tempat buat belacan. Berbagai jenis belacan dibuat dan semua. Naik je bas tak sempat bas jalan lagi, dah kena leter sebab pilih kilang belacan. Our lecturer seems okay bila depan manager kilang naik bas terus dia bising. Dia kata knp tak ambik yg menarik sikit mcm coklat ke apa ke. Kami pun semua buat muka toya je lah. Kesian lah wahai kalian kilang belacan.


p/s; setiap tempat akan diselitkan gambar kami bersama banner ini...

Ok next. 

2) RasaBonda Sdn. Bhd.

Kami ke kilang IKS lagi. Pun tak menarik jugak pd pandangan lect. (pape lah) 
Kilang ni namanya RasaBonda. Buat pes makanan. Yang ni aku pun tak berkenan sgt. Owner nya mcm bagi taklimat keagamaan. Memula dia speaking elok dah. Pastu kami ckp kami buat trip Islamic Tourism. Terus dia bagi talk keagamaan. Ok la tak salah. Tapi terus lari concept. Kami ckp psl Islamic tu sebab nak dia terangkan lah konsep halal dan konsep kebersihan. Sekali dia bagi talk pasal byr zakat pasal punca rezeki dia apa semua. Memang la betul tapi mcm aku cakap la. Lari konsep.

Tapi untuk sesape nak cari boleh lah pergi. Rasabonda. Juga di Merlimau, Melaka.


3) Galeri Demang Abdul Ghani

Ok untuk orang Melaka, mungkin rumah ni biasa dengar untuk aku yg dari Perak ni, jakun sikit lah. Rumah Demang ni rumah tradisional. Dalam rumah ni ada lah pameran dan segala bagai. Ada lebih kurang dua buah rumah yang bersambung. Ada ruangan dapur dan tempat mandi jugak. Kami smpi tengahari jugak la so mashaallah panas oi.

Business hour: 9am - 5.30pm everyday.
Tiket Masuk: RM3 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

dah macam gambar raya

4) Asam Pedas Kak Su

 Dekat sini takde gambar pulak. Asam Pedas ni dekat area Duyong, Melaka. Tak jauh dah dari bandar melaka. Yg ni sumpah asam pedas dia sedap gila! Aku ambik asam pedas ikan pari memang favourite lah. Jarang mkn asam pedas ikan lain. Lepastu sini harga dia murah. Ada jugak ikan bakar dan ayam madu. Aku ambik ayam madu. Member aku ada yg ambik ikan bakar dia. Diorang recommend ikan bakar dia sebab air asam dia memang marvelous! 
Melaka memang famous dengan asam pedas tapi tak byk yg betul betul sedap. Ada satu kedai asam pedas yg famous kt melaka ni tapi kedai ni memang top la. Cuma kedai ni focus on lunch. Jadi dia bukak kedai siang je. Pukul 6 petang mcmtu memang dah licin lah. Kami dtg jam 12 lebih memang ngam lah time lunch. Fuhh.
5) Masjid Selat Melaka

gambar google

Ini first time aku dtg sini. Sepanjang duk kat melaka dekat 3 tahun ni, ni first time jejak masjid atas air ni. Sumpah cantik. Memang kalau photoshoot kawin sesuai sgt kat sini. Cantik. 

Toilet nya alhamdulillah bersih. Tempat wudhuk pun luas. Cuma unconvenient bila nak sangkut tudung tak tahu nak sangkut mana haha. Ok lepastu dalam masjid memang luas la bersih semua cukup la. Kami bergambar sakan maklum la time siang kan. memang cantik. Untuk tourist dari luar/non muslim, ada disediakan pakaian khas utk mereka. Tapi tak sure diorg dpt masuk ke ruangan solat atau tak. Sebab di masjid negara tak boleh. 



6) Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Bagi penggemar sejarah, disini boleh dijadikan salah satu tempat favourite anda. Sejarah Melaka; Hang Tuah dan sahabat, Sultan Melaka, Keturunan bentan, dan Parameswara etc. semua ada dipamerkan di dalam ni.

Kawan muzium ni besar dan sangat luas. Aku ingat dah habis pusing sekali ada belah belakang lagi puas lah berjalan. Dalam ni ada aircond tapi ada certain kawasan aircond tu tak terasa T_T

Ada pelbagai sejarah diceritakan, ada jugak susunan kedudukan dalam istana, ada peralatan muzik, pakaian, senjata dan macam-macam lah dipamerkan. 

Sgt menarik. Pergi lah tengok kalau dtg melaka. Dekat dengan Dataran Pahlawan. lepas tengok boleh masuk dp shopping pulak kekeke


Business Hour: 9am - 5.30pm
Tiket Masuk: RM3 (dewasa/warganegara), RM5 (dewasa/bukan warganegara),  RM2(kanak-kanak)

p/s: untuk rujukan harga tiket dan business hour untuk muzium lain boleh clik SINI 

7) Sky Tower, The Shore

google source (sky view)

google source (top view)

 yang ni pun first time naik. one of attraction lah kot kt melaka ni. Setinggi 43 tingkat, korang boleh tengok view melaka ni dari sini. Utk aku yg pakai spek ni menyampah sikit lah nak pakai teropong tu so aku tengok sekali lepastu dah malas.

Kononnya dtg sini nak tgk sunset tapi kelabu je awan so sunset ke apa ke semua tak nampak dah.

website source

Dekat sini blh tangkap gambar kalau nak. tp tak leh guna kamera sendiri. kalau nak gmbr dia akan tgkpkn gmbr and nanti dh keluar, boleh beli kt kaunter, ada harga dan pakej nya sendiri. kami tgkp je tapi tak beli. 90hinggit oi tak mampu den.

gambar selfie. 

Yang perempuan tu kwn aku yang paling baik/rapat dekat uitm ni. dari part 1 smpi skrg la. kecik orangnya. nama diyana tp panggil kecik sbb memang kecik. yg mamat 2 orang ni aku pun tatahu sejak bila ngam. tapi sem ni ada 2 group assignment dengan depa ni.


Business Hour: 10.30am - 10pm (everyday)
Tiket Masuk: RM25 (dewasa), RM18 (kanak-kanak) *include sourvenir postcard pack*

Kami pergi on student trip jadi dapat discount 30% setiap orang.

ini lokasi terakhir kami for this day trip.

balik tu sempat menyinggah makan dekat Kg Morten. Esknya kami bertolak utk trip group assignment pulak. 

Till later. Bye!

Love, ekin

Thank you for visiting here :)

No comments:

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH