Tuesday, June 13

Islamic Tourism Trip to Kuala Lumpur (Part 2)

Assalamualaikum
*sambungan dari part 1
3) Masjid Negara 

Masjid Negara ni lokasi dia kat sebelah Islamic Art Museum je. Jadi kami berempat jalan kaki je kesini.
Masa ni zohor dah masuk pun so kami solat terus lah kat situ. Untuk aku yang first time ni, sesat kejap mencari tempat wudhuk. Sebab aku masuk ikut belakang. Dekat belah depan, tourist berkumpul nak masuk. 
Mcm dekat sini, tourist yang nak masuk kena pakai pakaian khas yang disediakan (pakaian menutup aurat). Bayaran aku tak pasti pulak ada ke takde ke mahal ke murah ke. Tapi ada waktu melawat khas untuk non-muslim.
Image result for masjid negara opening hours
Masjid Negara ni besar. Dlm tu ada air pancuran dan segala mcm la. Tempat wanita solat tak lah luas sgt. Rasanya memadai lah kot. Telekung sejadah semua pun disediakan dengan bersih. Tempat wudhuk pulak agak jauh dari tempat solat. 
Kalau hujan, licin, jadi hati-hati la turun tangga tu. Tandas dia boleh tahan kecik la. Tapi ok lah bersih la. Selipar takde pelik jugak le. Yelah dalam tu mesti licin kan nak jalan kaki ayam. 
Image result for masjid negara opening hours
bahagian ruangan solat

Image result for masjid negara opening hours
air pancuran

Gambar lain boleh lah korang google je. 
Mcm biasa dari sini ke next place naik grab aje.
Grab: RM5

4) NU Sentral

Image result for nu sentral
dalam

Nu sentral ni bukan lrt station ok. Ni shopping mall. Lebih kurang mcm Times Square dgn Mid Valley, mall ni connect dgn lrt station iaitu KL Sentral. Mcm biasa la mall kan. Mcm2 lah ada.
lepastu kitorang cover KL Sentral.
5) KL Sentral
Takde apa sangat nak cerita pasal KL Sentral ni. Semua pun tahu dekat sini kau boleh naik LRT dan bas utk bergerak. KL Sentral ni besar jugak dalam ni ada macam2 tempat makan semua la. Cuma unconvenient sikit sbb token machine utk KTMB selalu rosak so kalau tgh peak hour beratur kat kaunter tiket tu memang panjang.

6) Sultan Abdul Samad & Dataran Merdeka

Aku gabungkan dua tempat ni sekali sebab bangunan ni dgn dataran ni berhadapan je. Bangunan ni aku tak sure boleh masuk ke tak sebenarnya. Masa kami pergi sedang ada construction jadi tak masuk pun tangkap gambar kat depan je.

Dataran Merdeka ni sebenarnya tak sure apa connection dgn Islamic tapi lecturer suruh bukak minda pandang ke hadapan ya. Dia kata banyak peniaga melayu(?) dekat sini which yang aku nampak banyak mat rempit aje. Yg penjual pun yg jual belon air bubble tu dengan jual air tin bergerak.

Lepas tu kami balik untuk berehat since malam nya nak keluar makan pulak.

7) Restoran ABC Ali Cafe

Ni mamak sebenarnya. Bertempat ni Jalan Masjid India. Kononnya nak cover jalan masjid india malam ni tapi kami smpi lebih kurang jam 10 jadi flee market jalan masjid india pun dah tutup. So dtg makan semata. Lauk kat sini memang sedap. Kami makan Nasi Dalca malam ni. Ada yang letak ayam bawang ada yang letak kari ada yang letak merah. Mcm2. Harga pulak standard, below RM15.

Pekerja kedai ni semua friendly, kami nak selfie dia ambik hp tlg gambarkan kami. Bagus betul. Lepastu order kami dia ingat seketul2 takde refer order note pun. Siap ingat setiap kami ni makan apa and so on.

Recommended!


Day 3: 2 May 2017 (Tuesday)

8) Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru

Utk breakfast, kami pergi ke Kampung Baru. Dekat KL ni, Kg Baru ni kira famous la untuk berjalan. Klu malam lagi meriah. Kami pergi sebab nak cari nasi lemak ni. So dah sampai, layan diri ya, ambik pilihan lauk dan terus bayar di kaunter. Breakfast kami lebih kurang jam 10pagi ya.

Masa ni kami makan mcm2 la, zikry ambik sotong, aku pun. Pastu ada yang ambik ayam goreng. Memang sedap. Range harga mengikut makan lah. Standard. 

*takde gambar sebab kat sini sibuk merekod documentary*

9) Jalan Masjid India

Disebabkan malam semalamnya kami dah lambat nak jalan, jadi lepas breakfast tu kami terus bergerak ke Jalan Masjid India. Sini dunia shopping untuk yang minat kain. Utk peminat emas dan saree pun boleh datang sini. Sesuai dengan nama lah. Tempat ni jual pelbagai barangan yang berkaitan dengan India.

Pun takde gambar, boleh google aje. 

10) Den Wahab 

Ini salah satu IKS yang kami pilih. Mmg requirement dia, dia nak IKS dlm documentary kami. so kedai Den Wahab ni kedai milik bumiputera 100% dia jual baju melayu dan kelengkapannya smua la. Nama ni aku biasa dengar cuma aku tak sure dari mana aku biasa dengar.

Jadi itu la serba sedikit 10 tempat yang kami lawat dan cover dalam documentary. Sebarang pertanyaan boleh komen aje ya :)

Insyaallah next post, aku akan cerita pasal pengalaman mencari tempat intern pulak ;)

Love,
Ekin.


Thank you for visiting here :)

Tuesday, May 9

Islamic Tourism Trip to Kuala Lumpur (Part 1)

Assalamualaikum

As promised in the last post, its time to update my backpacker style education-trip to Kuala Lumpur. 
Before aku start, just nak inform, ini bukan trip suka-suka ya. Ini trip akademik group for assignment in Islamic Tourism subject. Untuk yang mencari trip backpacker travel for fun lets skip this.

the requirement for the assignment

Okay dah faham eh? So ini bukan lah trip yg menyeronokkan sangat. Akademik trip kan, so we didnt fully explore Kuala Lumpur actually. Just a few places that meet the criteria for assignment.

AND ALSO THIS POST AKAN ADA 2 PART AND PANJANG SEBAB AKU AKAN CERITA DETAILS SEPANJANG JOURNEY. SILA SKIP JIKA MALAS BACA 

Sebelum tu, entry ni akan bermula journey kami dari Kluang, Johor, bukan Melaka. Actually kami ada dua assignment utk dua subject berbeza. Jadi kami nak buat assignment yg first tu dulu tempatnya di Kluang. Kami kena pergi gunung. Tapi malangnya, preparation takde begini la jadi. Sampai2 je office tutup sape pun takde utk kami dptkan information untuk assignment. Jadi kami dah bazir duit ambik bas dari Melaka ke Kluang, Johor. So ok lets begin.

Day 1: 30 April 2017 (Sunday)

After spending half of day dekat Johor tu, pukul 3 kami beli tiket ke KL dari Kluang.
Kami dah terbeli tiket pukul 5 tau sebelum pergi site. Tiba-tiba bila dah site pun takde org, kami nak pergi KL checkin awal la. Boleh rest ke apa ke kan. Jadi kami decide nak tukar tiket awal sikit. Bila call, dia kata paling awal pukul 3.30. Dan kena tgk ada kosong atau tak. Masa tu dh kul 3. Kitorang pulak ada kat Kluang Parade masa tu. Mcm lipas kudung berlari ke kereta utk berkejar ke bus station. 

Tunggu zikry pulak hantar kereta kat abg dia semua, dgn hujan nya dgn bas dh smpi nya, drama sgt rasa. Haha. Tapi alhamdulillah, mudah urusan kami, kami berjaya naik bas pukul 3.30ptg tu ke KL. Ngam ada sit utk kami berempat.

Harga tiket Kluang-KL : RM25/person
ETA: 3 hours 30 minutes. 

Dalam lebih kurang jam 7malam, kami tiba di TBS. Sekali lagi berkejar untuk jamak zohor/asar. Alhamdulillah sempat. Lepastu kami dinner dekat foodcourt TBS je. Utk yg first timer mcm zikry, lee and kecik. Meh akk nak ajar. Haha. Kat foodcourt TBS, korang akan byr guna kad. Ala-ala touch n go la. So kena topup dulu. Bila topup korang akan dpt kad tu. Dan byr di kaunter makan minum guna kad, Tak boleh guna cash. Aku dan kecik share kad aku je sbb aku dh biasa dtg TBS. Kami topup 20ringgit je untuk makan dua orang.

Kecik sakit tekak pulak, so beli bubur je. Aku mcm biasa cari nasi la. Lepas makan, korang boleh claim semula duit yg ada dlm kad tu td. Aku ada balance RM8 mcmtu so bila claim, dia akan ambik kad kau. Kalau kau tak claim, kau boleh pegang lah kad tu tp igt, ada limit time utk pgg kad tu. In case korang tak datang dah ke TBS dlm tempoh tu, kad tu expired and duit tak dpt claim. So utk mudah, pergi lah claim ok :)

Next, selesai semua lebih kurang kul 9.20pm, kami bertolak utk checkin di Guesthouse. Lebih kurang 30minit perjalanan.
 
Kami ambik LRT dari TBS ke Pasar Seni, Tapi takde lrt direct ok so kami bertukar stesen di Masjid Jamek dan terus ke Pasar Seni.

LRT TBS - Pasar Seni: RM3.50

Kami sampai lebih kurang jam 10. Dari Stesen LRT Pasar Seni, kami jalan kaki aje untuk ke hotel kami tu. Lebih kurang 5-10 minit tak masuk sesat pusing pusing. 

Untuk penginapan, kami menginap di Ranting Guesthouse. Kami ambik dua bilik. Satu aircond, satu kipas. Lelaki ambik bilik aircond. Aku ambik bilik kipas sebab kecik taknak aircond. Tapi walaupun kipas, sejuk bakhang! Dah ah takde selimut. Nasib aku bawak towel lebih. Ada surau provided tapi surau pun share ek laki ppuan. Emmm. Yg ppuan kalau solat tu kunci je lah pintu dari dalam ya. Plug pulak ada 2 je dlm bilik kitorang, Sebab ambik bilik kipas satu je la since satu dh guna utk kipas. 
So yeah.... I give only 4/10 for the convenient and quality of this hotel. 

Harga untuk dua malam

*provided with a towel and soap only
*our room has one pillow only (no blanket)

Aircond Twin Bed Room : RM85 (exclude tax)
Fan Twin Bed Room: RM73 (exclude tax)
Deposit RM30 every room.

Related image
dari depan

Ranting Guest House 'Interior'
interior look

our room look (dlm gmbr 2 kipas 2 plug bila dpt bilik satu kipas je kat center and 1 plug minus the one for fan)

guys room look

*all hotel photo is google/booking.com source*

Guesthouse ni concept tourist budget mcmtu la. So it have shared bathroom/toilet. Unconvenient for those who want privacy. Pada kecik pun quite unconvenient sbb dia rendah so tempat bukak shower tu sikit tinggi lah dia payah sikit haha. Tapi sebab kami pun backpacker style, langgar je lah. Asalkan selamat je lah. Lokasi dia betul2 dalam Petaling Street eh. 

Kalau malam takde buat mende boleh buang masa kat Petaling Street eh. Kalau anda perempuan, jgn jalan sgt eh, sebab ye la kawasan tourist ni, tahu lah orang minum sana sini satgi kau jumpa mabuk2 kang haa. Malam tu kami letih gila so mmg tak keluar la. Aku dgn kecik turun pun dah lambat sgt kedai pun tutup semua dah. Yg laki tumbang dah. So kami pun naik dan tidur lah utk hari esoknya.

Day 2: 1 May 2017 (Monday)

1) Pasar Seni

Kami mulakan pagi kami di Pasar Seni. Lokasi pertama iaitu Pasar Seni. Pasar Seni ni mcm bangunan mall la lebih kurang. Dlm tu ada atm, kedai mkn, kedai cenderamata and semua la.
Related image
part of inside view

*all images above is google source*

Memandangkan assignment kami ni buat documentary jadi kami takde gambar. Sebab semua record. Pakai iPhone je. Takde kamera gopro apa segala takde. Kami jalan kaki je pergi Pasar Seni ni. Sebab dekat. 3 minit berjalan kaki. Kami keluar dari hotel lebih kurang kul 11pg la. Jadi takde breakfast pun. Aku alas perut dgn roti je sbb ada gastrik kan.

Sementara zikry and lee shoot, aku dgn kecik p la beli ayam uncle bob kt kedai2 tepi pasar seni tu sbb kecik dah lapar sgt. Kami beli mineral utk kaum adam tu. Hari sgt panas ya. Sila bwk kipas. Lee dgn zikry aku tgk mcm dh baru lepas mandi lencun habis. Haha

Business Hour: 10am - 9.30pm
Entrance: FOC

Kami lunch dekat Texas Chicken area situ jugak jalan kaki je. Sambil menilik peta KL dan menyusun semula perjalanan, isi perut utk teruskan perjalanan. 

Lunch: RM20

Utk ke destination seterusnya, kami naik Grab aje. For info, Grab is very convenient utk bergerak. Kalau kawasan korang nak pergi tu takde train or bus, naik lah Grab. Grab ni bagusnya kau stuck jem pun harga dia sama je takde caj mcm meter taxi tu. 

Grab Fare (Texas Chicken - Islamic Art Museum) : RM4

2) Islamic Art Museum Malaysia 

Di sini pelbagai pameran dan seni Islam dipamerkan. Bangunan ni ada 3 level utk pameran dan ground floor ada kedai cenderamata dan restaurant. Setiap level memang luas. Aku memang rasa nak duduk atas kerusi roda auto. Punya luas tak terjalan aku nak perhati setiap benda. Disini dibenarkan ambik gambar tanpa flash. Dan video tidak dibenarkan. Kami dah rakam hampir ssemua baru tahu tak boleh record aigo la. Aku tgk rmi je relax record. Ye la takde pulak inform tak boleh kat counter kan.

Level 1 tu keluar lif je kau akan nampak lah replica bangunan Islamik; Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Taj Mahal etc.

Jln belakang sikit ada pameran ayat al quran. dan mcm2 lah. Tak tersebut aku nak sebut kat sini. Setiap area pulak kalau tgok atas ada design kubah berlainan. Ada jugak design kubah terbalik.

Image result for islamic museum kl opening hours
kubah terbalik

*all photo above is google source*

Toilet korang boleh jumpa dkt level bawah dekat sebelah restaurant. Kami pergi Isnin jadi hari isnin ni hari restaurant ni tutup. Dekat sourvenir store korang boleh beli la apa nak beli. Aku beli kat mak aku fridge magnet dgn bookmark je. 

Website : http://www.iamm.org.my/
Business Hour: 10am - 6pm (everyday) / the restaurant is closed on Monday only.
Entrance Fee : RM6.40 (with student ID)
Kos sourvenir : RM13

*aku sambung next place dkt next post eh. panjang sgt dah ni. 

Thank you for visiting here :)

Thursday, May 4

Day Trip at Malacca (Islamic Tourism Subject)

Assalamualaikum
29 April 2017, our class kena buat satu class trip for one of our subject, Islamic Tourism. 

Memandangkan byk bajet kena cut, so kononnya daripada pergi China, Korea and KL, last nya kami pergi area Melaka je. Even our proposal utk 2 days trip at KL pun kena reject sebab kos. So here we are going in a day trip around Melaka.

Memakai tema smart casual + islamic concept, kami yg ppuan plih tudung hitam sebagai warna tudung. Yg lelaki mcm biasa la kemeja/ tshirt berkolar je.


Okay lets start.

this is us waiting for others in the morning.

Disebabkan cuma day trip, aku buat one part post je lah. After this aku update KL trip pulak yg tu insyaaAllah 2 part sebab 3days 2 night.

So kitorang bertolak around 8 la. 8 lebih sikit. Kami breakfast dlm bus je. Pastu lokasi pertama kami ke Hanuris Enterprise (Kilang Belacan). Lokasi nya di Merlimau, Melaka. Kitorang pergi sini sebab nak penuhkan requirement subject kena cari IKS (Industri Kecil Sederhana) which is own by Malay.

1) Hanuris Enterprise

Takde apa nak cerita, cuma lah tempat buat belacan. Berbagai jenis belacan dibuat dan semua. Naik je bas tak sempat bas jalan lagi, dah kena leter sebab pilih kilang belacan. Our lecturer seems okay bila depan manager kilang naik bas terus dia bising. Dia kata knp tak ambik yg menarik sikit mcm coklat ke apa ke. Kami pun semua buat muka toya je lah. Kesian lah wahai kalian kilang belacan.


p/s; setiap tempat akan diselitkan gambar kami bersama banner ini...

Ok next. 

2) RasaBonda Sdn. Bhd.

Kami ke kilang IKS lagi. Pun tak menarik jugak pd pandangan lect. (pape lah) 
Kilang ni namanya RasaBonda. Buat pes makanan. Yang ni aku pun tak berkenan sgt. Owner nya mcm bagi taklimat keagamaan. Memula dia speaking elok dah. Pastu kami ckp kami buat trip Islamic Tourism. Terus dia bagi talk keagamaan. Ok la tak salah. Tapi terus lari concept. Kami ckp psl Islamic tu sebab nak dia terangkan lah konsep halal dan konsep kebersihan. Sekali dia bagi talk pasal byr zakat pasal punca rezeki dia apa semua. Memang la betul tapi mcm aku cakap la. Lari konsep.

Tapi untuk sesape nak cari boleh lah pergi. Rasabonda. Juga di Merlimau, Melaka.


3) Galeri Demang Abdul Ghani

Ok untuk orang Melaka, mungkin rumah ni biasa dengar untuk aku yg dari Perak ni, jakun sikit lah. Rumah Demang ni rumah tradisional. Dalam rumah ni ada lah pameran dan segala bagai. Ada lebih kurang dua buah rumah yang bersambung. Ada ruangan dapur dan tempat mandi jugak. Kami smpi tengahari jugak la so mashaallah panas oi.

Business hour: 9am - 5.30pm everyday.
Tiket Masuk: RM3 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

dah macam gambar raya

4) Asam Pedas Kak Su

 Dekat sini takde gambar pulak. Asam Pedas ni dekat area Duyong, Melaka. Tak jauh dah dari bandar melaka. Yg ni sumpah asam pedas dia sedap gila! Aku ambik asam pedas ikan pari memang favourite lah. Jarang mkn asam pedas ikan lain. Lepastu sini harga dia murah. Ada jugak ikan bakar dan ayam madu. Aku ambik ayam madu. Member aku ada yg ambik ikan bakar dia. Diorang recommend ikan bakar dia sebab air asam dia memang marvelous! 
Melaka memang famous dengan asam pedas tapi tak byk yg betul betul sedap. Ada satu kedai asam pedas yg famous kt melaka ni tapi kedai ni memang top la. Cuma kedai ni focus on lunch. Jadi dia bukak kedai siang je. Pukul 6 petang mcmtu memang dah licin lah. Kami dtg jam 12 lebih memang ngam lah time lunch. Fuhh.
5) Masjid Selat Melaka

gambar google

Ini first time aku dtg sini. Sepanjang duk kat melaka dekat 3 tahun ni, ni first time jejak masjid atas air ni. Sumpah cantik. Memang kalau photoshoot kawin sesuai sgt kat sini. Cantik. 

Toilet nya alhamdulillah bersih. Tempat wudhuk pun luas. Cuma unconvenient bila nak sangkut tudung tak tahu nak sangkut mana haha. Ok lepastu dalam masjid memang luas la bersih semua cukup la. Kami bergambar sakan maklum la time siang kan. memang cantik. Untuk tourist dari luar/non muslim, ada disediakan pakaian khas utk mereka. Tapi tak sure diorg dpt masuk ke ruangan solat atau tak. Sebab di masjid negara tak boleh. 



6) Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Bagi penggemar sejarah, disini boleh dijadikan salah satu tempat favourite anda. Sejarah Melaka; Hang Tuah dan sahabat, Sultan Melaka, Keturunan bentan, dan Parameswara etc. semua ada dipamerkan di dalam ni.

Kawan muzium ni besar dan sangat luas. Aku ingat dah habis pusing sekali ada belah belakang lagi puas lah berjalan. Dalam ni ada aircond tapi ada certain kawasan aircond tu tak terasa T_T

Ada pelbagai sejarah diceritakan, ada jugak susunan kedudukan dalam istana, ada peralatan muzik, pakaian, senjata dan macam-macam lah dipamerkan. 

Sgt menarik. Pergi lah tengok kalau dtg melaka. Dekat dengan Dataran Pahlawan. lepas tengok boleh masuk dp shopping pulak kekeke


Business Hour: 9am - 5.30pm
Tiket Masuk: RM3 (dewasa/warganegara), RM5 (dewasa/bukan warganegara),  RM2(kanak-kanak)

p/s: untuk rujukan harga tiket dan business hour untuk muzium lain boleh clik SINI 

7) Sky Tower, The Shore

google source (sky view)

google source (top view)

 yang ni pun first time naik. one of attraction lah kot kt melaka ni. Setinggi 43 tingkat, korang boleh tengok view melaka ni dari sini. Utk aku yg pakai spek ni menyampah sikit lah nak pakai teropong tu so aku tengok sekali lepastu dah malas.

Kononnya dtg sini nak tgk sunset tapi kelabu je awan so sunset ke apa ke semua tak nampak dah.

website source

Dekat sini blh tangkap gambar kalau nak. tp tak leh guna kamera sendiri. kalau nak gmbr dia akan tgkpkn gmbr and nanti dh keluar, boleh beli kt kaunter, ada harga dan pakej nya sendiri. kami tgkp je tapi tak beli. 90hinggit oi tak mampu den.

gambar selfie. 

Yang perempuan tu kwn aku yang paling baik/rapat dekat uitm ni. dari part 1 smpi skrg la. kecik orangnya. nama diyana tp panggil kecik sbb memang kecik. yg mamat 2 orang ni aku pun tatahu sejak bila ngam. tapi sem ni ada 2 group assignment dengan depa ni.


Business Hour: 10.30am - 10pm (everyday)
Tiket Masuk: RM25 (dewasa), RM18 (kanak-kanak) *include sourvenir postcard pack*

Kami pergi on student trip jadi dapat discount 30% setiap orang.

ini lokasi terakhir kami for this day trip.

balik tu sempat menyinggah makan dekat Kg Morten. Esknya kami bertolak utk trip group assignment pulak. 

Till later. Bye!

Love, ekin

Thank you for visiting here :)

Wednesday, April 26

Stepbystep: #1 Kursus Kahwin

Assalamualaikum


Hi. As promised in the last post, now I will update on my first step in getting married! 

Okay untuk kursus kahwin, aku pergi dgn fiqhry. Eventhough dekat UiTM ada buat but since nak pergi sekali so we decide to go together. Disebabkan si fiqhry ni cutinya tak tetap jadi kena la pilih satu date untuk apply cuti. And we decide to go on 22nd April & 23rd April 2017 at Putrajaya.

Kenapa Putrajaya? Sebab disitu ada kemudahan LRT. Dan juga yg available pd date tu and paling dekat dgn fiqhry. Sebenarnya nak buat area puchong ke area kl ke tapi sbb takde tempat nk stay and dkt puchong pulak date kitorang nak tu tak available. Nasib lah cri punya cari jumpa area putrajaya. 

Quite expensive tp since mmg area city kan so takde lah byk komen.

Tempat yang kitorang pergi namanya :
Kursus Kahwin MFDJannah.

Bertempat di dalam Putrajaya Sentral bahagian atas Park Ride (Level 3)
Boleh tgk gambar for more details.

ni website
Kursus Kahwin MFDJANNAH
ini pulak Facebook / Instagram
FB MFDJANNAH / IG MFDJANNAH

Bagi mereka yg bukan orang KL/Putrajaya boleh lah ikut cara aku pergi.

Aku tumpang tidur rumah kawan aku, Kinana. Thanks kinana sebab tumpangkan aku untuk 2 malam. Aku dari Melaka ambik bas turun TBS. Rumah kina dekat gila dgn TBS. Sebelah je.

Dari TBS korang boleh pergi dekat ERL Transit KLIA dekat bahagian bawah ya. Dan beli tiket ke Putrajaya/Cyberjaya. Harga tiket RM8. Perjalanan lebih kurang 10-15minit la. 

Dua hari kursus berikut kos aku:-

ERL TBS - Putrajaya - RM32 (pergi balik)
Utk kos Grab dari rumah Kina ke TBS dua hari RM24 (pergi balik)
Bas Melaka-KL - RM22 (pergi balik)

Kos keseluruhan : RM78 (tak termasuk kos makan/lepak dgn peliks)

Itu je lah kot update nya. Ada nak tanya, boleh lah tanya kt komen :)
Love, ekin

Thank you for visiting here :)

Tuesday, April 18

Gary oo Gary

Assalamualaikum


Before cont reading, you should know that im a fan of Gary. You can see at the side of my blog theres his photo. Hes my bias and fav celebrity ever. Ok cont.

So, the issue/story begin when Kang Gary leave Running Man. Heartbreak sangat tau dia left. Iolls menangis tengok episod last dia. So after about a month mcmtu la, isu jihyo & kjk pulak nak kena kick. Tapi tu isu lain la. Tapi Gary ada masuk gambar kt ig dia. Dia delete semua gambar yg ada pastu dia masuk gmbr kjk & jihyo. 

Translate: You guys work very very hard. Thank you.

Lepastu baru-baru ni, rasanya ramai tahu la. Gary update kat IG dia bagitahu dia dah kahwin. Huwaaa T_T Kenapa aku sedih pulak kan? Patutnya gembira la my bias dah jumpa wife dia. Takde sedih sgt pun. Just keciwa sikit la, sebab the girl is not Jihyo (?) Well still not sure who the girl is. But since hes saying non celebrity so lets just guess that its not Jihyo. 

Fans dia ramai lah kecam jugak sebab ye la dia kahwin tiba-tiba lepastu takde explanation pape pun. All he did is post a photo saying he tied a knot with someone. Takde sape tahu ok. RM member, kwn baik dia, even Gil pun tak tahu. But I still congratulate him lah. Takde lah kecam. Apapun tu hidup dia kan (cewah)


Lepastu dia delete semula post psl dia kahwin tu. and dia masuk gambar ckp thanks for the wishes. suspicious nak mati!



Tak sempat nak bertenang ni, tiba-tiba isu lain muncul. Leessang had disbanded. Memang lah aku tak minat sangat Leessang (tapi lagu diorg best jugak) tapi sedih la sbb Gary dah lama dgn Leessang kan kenapa dia leave pulak. Dia kata leave running man sbb nak focus music tapi tetiba udah kahwin udah solo artist. Fans kecewa bila dia buat hal mcmni. Ye la nak salahkan dia je pun tak boleh jugak kita bukan tahu sape buat hal (bekap bias!)


and the most recent isssue is!!

FIRST CONCERT GARY IN MALAYSIA IS CANCELLED!



damn it! aku dah byr duit tiket kot harapan tinggi menggunung tahu?!

ye la sebenarnya boleh agak pun yg mcm mustahil concert ni still jln tapi ye la kot la dia still nak jaga fans dia kan. tapi for sure kalau dia buat concert ni rmi yg akan tanya soalan psl kawin je so utk mengelakkan benda tu dia pun cancel concert dia. 

maka aku yg dh byr ni mari lah guna duit refund tu masuk tabung kahwin. ermmmmmmmm~~~

Pape pun tu je lah nak cerita. Stressss. Haaha.

Next entry I will update about my kursus kahwin eh. This week baru nak pergi haha. Ok bye!

Love, ekin

cr photo IG luv_mondaycouple

UPDATED!

HIS CONCERT WAS CANCELLED BECAUSE OF THE ORGANIZERS MISTAKE WHICH DIDNT PAY THE DEPOSIT ACCORDING TO CONTRACT. KANG GARY ALSO CONFIRMED THE NEWS IN HIS IG.


Thank you for visiting here :)

Monday, February 13

My Engagement Day - 3: Entry Bergambar

Assalamualaikum


Special thanks untuk pak sedara aku semua untuk gambar. Taknak membebel banyak lah. Kalini entry bergambar je.

Okay jom tengok gambar!





































































LAST BUT NOT LEAST

MY FIANCE 



and again, Alhamdulillah. Semoga perjalanan kami menuju ke gerbang perkahwinan dimudahkan dan berjalan lancar. Insyaallah. Amin. Ok lepasni update on benda lain pulak! Thanks for visiting my blog. Bye guys!

Love, ekin.


Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH