Saturday, March 7

UiTM Bandaraya Melaka 2

Assalamualaikum


Harini second days dah. Em pepagi mcm biasa kena mrh la sbb ad certain yg turun lambat so urgh pepagi dh bg spoil mood deme ni.

Pastu berkumpul and jalan kaki dari kolej ke kolej tun mamat dlm 3minit gitu. dari kolej tun mamat ke uitm pulak dlm 2minit lebih kalau traffic teruk lambat la lintas. pndi2 lah selit ya.

p/s ; pakai flat shoes/sneaker utk lebih mudah berjalan laju semua.

Pastu dh smpi dia bg breakfast pulak. pepagi makan apa eh td nasi goreng ha pastu telur rebus pecahkan sendiri aigo. Pastu dia explain la apa semua psl benda nak isi. beratur la utk buat pengesahan segala.

p/s ; tak payah bwk filem xray. bwk laporan kesihatan je. filem xray tak diperlukan pun penat je aku bawak pfft.

Utk uitm pulak.
  • Uitm bandaraya melaka ada 16 tingkat.
  • library tingkat 1 & 12
  • utk ke kelas guna tangga kt belah belakang ya lif tak boleh guna.
  • lif boleh guna dari tingkat 4 keatas sahaja.
  • kafe ada. dkt tingkat 4. surau pun tingkat 4. 
  • utk pej hep hea bendahari tingkat 15.
  • pej rektor tingkat 16.
  • kelas dari tingkat 5-14.
  • bersedia untuk kurus. fighting! haha

gambar ni ialah night view from my room di kolej

tu je la serba serbi. tgk dri gambar(gugel sendiri) tau la kan uitm ni takde pagar uhuks.
sebelahnya kptm.

keliling mcm kt tgh bndar la. kdi mcm2 smua. 

makan kat sini kalau duk kolej sakit sikit sbb makan harga mmg em bukan harga pelajar la.
pastu periuk nasi semua takleh bwk lak utk masak nasi ke apa ke urgh

kalau duk tmpt lain selain kolej boleh la korg survive skit bwk periuk nasi ke apa ke kan msk la mcm rmh sendiri.



Thank you for visiting here :)

UiTM Bandaraya Melaka 1

Assalamualaikum

Hai. Selepas post yg syahdu lepas. Minggu ni yakni harini aku dah pun mendaftar di kolej kediaman uitm.

Bagi yg konpius sbb dlm surat tawaran katanya tak disediakan. tapi sebenarnya ADA. utk pengesahan boleh call pihak kolej lah. boleh gugel utk no tel :)

So harini 1/3/2015, daripada homestay merlimau gerak pukul 8.30 dlm setengah jam guna gps taip jalan tun mutahir dpt la jumpa. so dftrnya ambik la apa yg diberi smua.
isi form and ikut arahan depa selanjutnya.

p/s ; senior kat sini bajet je lebih takde la senior sgt kan degree jugak tah2 beza satu sem je *jeling akk bajet


dari luar ini lah bangunan kolej nya.

  • ada 10 tingkat.
  • satu aras 6 rumah.
  • satu rumah 8 orang penghuni.
  • satu bilik ada yg 2 ada yg 4.
  • toilet 2. satu utk blik 2 org. satu lagi dlm bilik yg 4 org.

p/s ; kalau pilih katil no 2, lokar dan meja study pun no 2 jugak ya ;)

ruang tamu kira besar jugak la. 

boleh la nk mkn sama ke nk lyn movie ke nk lepak ke nak solat ke beli la tikar getah sesiap eh. bawak slipar jamban skali sbb nti kaki hitam sbb lantai belum dilap.

bilik dobi di tingkat bwh sekali depan lif. guna duit kertas seringgit sbyk 2 keping sekali basuh.
bilik jpk kat aras satu mcmtu la.

sini siang angin kuat wlupun panas so sbb ada angin dari sungai tu takde la berpeluh sgt. okay laaa.
kunci diberi pulak utk kunci pintu utama bkn kunci bilik. sape terkunci bilik pandai2 bukak sendiri guna kad *mcm biasa buat je*

tu je la kot. utk lebih detail dtg sini la haha.
lepas dh kemas brg smua. housemate semua dtg melepak kat blik and buat sesi suai kenal haha.

so 8 org.
1. nabila, penang
2. tyra, serdang
3. syima, kluang
4. mira, rembau
5. farah, muar
6. fiza, alor gajah
7. ain, seremban

and most of them is 22. aku dgn roomate aku je kot yg 21 haha

so ptgnya dlm lepas asar mcmtu berkumpul kt bwh utk taklimat ringkas pasal esok punya program.
teruk la sng kata management dia. cara greet kami student baru pun ek eleh sgt tau la kami degree tp layan bebaik la org uitm ni pun uitm sgt tau haha

wifi takde. bwk la wifi sendiri. aku pun update guna handphone.
esok aku update lagi. esok kena berkumpul kt bwh pukul 6.45. okay bye


Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH