Saturday, June 28

Ramadhan 1435H - Cara Solat Terawih Sendirian

Assalamualaikum

 

Ramadhan dtg lagi. Alhamdulillah, syukur dpt jumpa lagi Ramadhan tahun ni. Dlm pd ramai nak sibuk terawih ni, ad jugak yg mengeluh berat sbb tak dpt nk p surau takde masa nk turun p jemaah terawih bersama. Pelajar yg kena kalut siapkan assignment semua. Jgn risau. Boleh je buat terawih sendiri. Meh saya selitkan cara2 nya.

a) Apa Itu Solat terawih?

Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir. Ia disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.

b) Bagaimana cara melakukan Solat Terawih Bersendirian?

Sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam.  Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.
1.           Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. 


Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala

2.           Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. 
3.           Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

c) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Berselawat selepas setiap dua rakaat  tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.

Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Jadi bagaimana? Boleh buat dah? Selesai masalah dah? :) Alhamdulillah. Jadi, selamat menyambut Ramadhan. Ampunkan segala salah silap yg dilakukan. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya.




Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH