Sunday, July 28

Hakikat Perkahwinan Semasa Belajar

Assalamualaikum
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
p/s: Buat apa menyusahkan benda yg senang.. :)



Thank you for visiting here :)

Saturday, July 27

Seoul Garden. Again.

Assalamualaikum
Kalau sape yg pernah baca entry pasal Seoul Garden, tahu lah. Yg aku pernah dtg sini dulu. Boleh usha entry ni :)
Aku masuk gambar je lah untuk kali ni. Nak cerita takde benda pun. Benda yg sama. Tapi kali ni kami pergi bertujuh. So meriah sikit lah :)
Masa nak makan tu. Memula meja takde. Kami mcm sedih lah sbb penuh kan, nak kena meja asing2 pulak. Lepastu ttiba abg tu dh habis mkn apa lagi, laju kami duk tmpt dia. Dpt lah satu meja :)

Masa ni dah habis makan. Sakan posing you.

Yg ni pulak kat lumut. Sbnrnye kitarg overnight. Hahahaha. So ni keesokan harinya kat lumut. Masa ni baju je sume tukar. Tudung sama je mcm smlm haha

Peace no war brahhh

Dan akhir sekali. Gambar family. Hahahahah
And macam2 dugaan sebenarnya jadi kat kami. Tapi alhamdulillah, setiap dugaan tu, Allah tolong kami. Terima kasih semua yg membantu :) 
Quote by me: Its not about how you met your friends. Its about how you stay in that friendship :)
Tarikh kami pergi : 19 - 20 July 2013 :)

Thank you for visiting here :)

Sunday, July 21

Dimana Hatimu - Papinka

Assalamualaikum


Inilah akhir cintaku, inilah akhir kisahku
Setelah kau jauh tinggalkan aku
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggalkan aku

* tiada ku sangka engkau berubah
Ku tak percaya kau membagi cinta
Tahukah engkau betapa sakitnya
Kau membagi cinta karna dia


Tak pernah ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku
Sekian lama aku menunggu
Kasih dimana hatimu

Tak bisa ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku
Sekian lama aku menunggu
Kasih dimana hatimu


Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggalkan aku

p/s: Mendayu lagu ni...


Thank you for visiting here :)

Thursday, July 18

Tetap Menantimu by Nomad

Assalamualaikum

 
*gambar hiasan*


Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yg ku impikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu


*mood nak update lirik lagu pulak haha. tadi duk dgr lagu radio era member pasang terus jatuh cinta. haih jiwang pulak teman haha xD


Thank you for visiting here :)

Wednesday, July 17

Wordless Wednesday Part 10

Assalamualaikum


Thank you for visiting here :)

Sunday, July 14

WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Assalamualaikum



• Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)
• Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah di kala jemaah haji wukuf di Arafah)
• Pada bulan Ramadhan
• Pada malam Jumaat
• Pada hari Jumaat
• Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
• Pada tengah malam
• Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12 malam)
• Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
• Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam)
• Pada waktu sahur (sebelum fajar)
• Sesudah berwuduk
• Ketika orang azan untuk sembahyang
• Antara azan dan iqamat
• Ketika orang mengucapkan iqamat
• Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
• Di dalam pertempuran di medan perang
• Di akhir tiap-tiap sembahyang fardu
• Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)
• Ketika sedang membaca Al-Quran
• Setelah tamat membaca Al-Quran
• Ketika minum air zamzam
• Pada waktu ayam jantan berkokok (pda waktu pagi)
• Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
• Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)
• Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
• Pada waktu turun hujan
• Pada waktu tergelincir matahari pada hari Rabu
Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa


Thank you for visiting here :)

Friday, July 12

Kisah Rasulullah S.A.W. dan Siti Aisyah RHa

Assalamualaikum
Suka saya malam ni untuk berkongsi dengan semua pembaca, kisah tentang cinta Rasulullah dengan isteri yang paling dicintainya iaitu Aishah. Siapakah Aishah? Beliau adalah puteri kepada Saidina Abu Bakar As Siddiq, sahabat Rasulullah. Allah memuliakannya dengan menjadikan beliau salah seorang isteri kepada manusia terbaik di dunia iaitu Muhammad s.a.w. Aishah menduduki tempat yang istimewa dan agung di hati Rasulullah. Apabila ditanya kepada Nabi s.a.w. siapakah orang yang paling dicintai. "Aisyah" jawab Nabi.

KISAH 1

Satu hari ada sekumpulan kanak-kanak masuk ke dalam masjid untuk bermain perang..lalu Rasulullah bertanya.

"Wahai Humaira..adakah kamu ingin melihat mereka?"
"Ya"..jawab Aishah..

Maka Rasulullah mendukung Aishah dan berdiri di ambang pintu..dagu Aisyah diletakkan pada bahu Rasulullah..wajah Aishah menempel pada pipi Rasulullah..

Setelah agak lama, Rasulullah bertanya..

"Adakah kamu merasa puas?"
"Belum ya Rasul" jawab Aishah...

Maka Rasulullah kembali mendukung Aishah dan selang beberapa ketika, Rasulullah bertanya lagi soalan yang sama..Aisyah masih berikan jawapan yang sama..

Sebenarnya Aisyah tidak tertarik dengan permainan kanak-kanak tadi tapi Aisyah hanya ingin agar kaum wanita dan isteri-isteri Rasulullah yang lain tahu akan keadaan dan kedudukan Aisyah di hati Rasulullah...


KISAH 2

Diriwayatkan oleh Aisyah sendiri..

"Aku tidur si samping Rasulullah..kedua kakiku mengarah ke kiblatnya.Jika Baginda sujud, Baginda menyentuh kakiku..lalu aku menarik kedua kakiku..dan ketika Baginda berdiri aku menjulurkan kakiku kembali.."

KISAH 3

Aisyah r.a bercerita..

"Waktu itu aku sedang haid..aku minum pada sebuah gelas lalu memberikannya kepada Rasulullah..lalu Baginda segera mengambilnya dan meletakkan mulutnya pada bibir gelas tempat aku meletakkan mulutku dan meminumnya.pada hari lain..aku juga sedang haid..aku mengigit daging pada tulang lalu aku berikan kepada Rasulullah...kemudian Baginda meletakkan mulutnya ditempat aku meletakkan mulutku pada tulang tersebut.."

Sebenarnya masih banyak lagi kisah-kisah cinta yang berlaku di dalam rumahtangga Rasulullah dan isteri tercinta, Aisyah r.a..tapi saya tak mampu nak catat kesemuanya di ruangan ini..apa yang saya boleh simpulkan..Nabi s.a.w sentiasa lemah lembut ketika bercakap dengan Aisyah, merasa tenang dan bahagia jika dekat dengannya sehingga Baginda juga mengetahui perkara yang disukai dan dibenci Aisyah..

Moga-moga kita semua dapat mengambil teladan yang baik dan contoh yang baik daripada kisah Nabi junjungan..sentiasa cambahkan perasaan cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga agar kekal bahagia hingga akhir hayat...insyaAllah...

p/s: Sweet kan? :)



Thank you for visiting here :)

Wednesday, July 10

Wordless Wednesday Part 9

Assalamualaikum


Thank you for visiting here :)

Saturday, July 6

Sejak peristiwa itu, aku tahu erti syukur...

Assalamualaikum

*gambar sumber google*

Mari aku cerita sebuah kisah.
Kisah ini aku sendiri yg lihat.

Pada waktu itu, aku dan adik beradik bersama ibu berada dalam kereta,
Ingin pulang ke rumah.
Disebabkan kami adik beradik sudah membesar,
Jadi kereta kancil itu menjadi sempit untuk kami.

Kami mengeluh.
Aku juga turut mengeluh.
"Sempit betul kereta ni."
"Panas ah."

Mak selalunya akan ckp ayat yg sama setiap kali kami mengeluh,
"Syukur lah kome naik kereta. Org lain ada yg naik motor je himpit 2 3 org."
Dan kami akan diam.

Namun hari itu, 
Sejak hari itu sebenarnya,
Aku belajar bagaimana ingin bersyukur.

Apabila di saat kami adik beradik bertelingkah dek kerana kesempitan,
Aku terlihat sebuah kereta uzur di sebelah kereta kami,
Kereta uzur itu, seorang pakcik yg sudah tua membawanya,
Cermin keretanya sudah pecah. 
Keempat-empat sekali. Pecah.
Dan hanya 2 cermin belakang yg ditutup dgn plastik lutsinar.
Yg dua dihadapan hanya dibiar tanpa cermin.

Ditakdir Yang Esa,
Hujan turun dgn tiba-2,
Aku lihat pakcik itu,
Dia sdg berusaha menahan wajahnya drpd terkena titisan hujan rahmat itu,
Dgn sabar, aku lihat dia hanya terus dan terus mengelap wajah yang kebasahan,
Tanpa merungut mahupun mengeluh.

Aku renung ke langit,
Tuhan sendiri dah tunjuk pada aku,
Mcm mana cara utk kita bersyukur.
Dan.

Sejak peristiwa pakcik itu, aku tahu erti syukur yang sebenarnya. *sebak*


Thank you for visiting here :)

Wednesday, July 3

Wordless Wednesday Part 8

Assalamualaikum



Thank you for visiting here :)

Monday, July 1

FASSTRAIN 7

Assalamualaikum

flyer psl prgram ni


tentatif program semasa disana. mmg full tapi seronok :)

Nak cerita panjang2 ke? Maleh ah.
Siapa yg nak tahu apa yg best dekat program ni kena lah pergi.

Awesome. Best gila. Seronok. Daebak !

Penat tapi berbaloi.
Tak menyesal.

Takde ceramah. Itu paling best.
Yg ada game game game.
So itu baru betul bagi bebudak semangat haha.

Makan dlm talam dgn kwn satu group (10 org).
Main game, kongsi idea.
Tidur dlm khemah (aku seronok even dlm khemah).

Buat cheers sendiri (even cheers ciplak sbnrnye).
Solat jemaah sesama (siap ad solat dhuha tw).
Mata berair tgk abg fasi menangis (tgk akk fasi nangis takde perasaan pulak >.< )

Apapun, the best.
Congrats and thank you to fasi. To Fasstrain 7 crew. 
To Group 10 members.
To UiTM Perak.
For the memories.
For the experience.
For the advices.
For everything we learn.

May Allah bless all of us. Love.







Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH