Thursday, May 30

What a tired and sleepy day...

Assalamualaikum
 
Alhamdulillah.
Harini ada buat doa selamat dgn kenduri tahlil.
Doa selamat for my dad.
Dia nak kerja luar. Dubai. A year.
 
Thats mean next year baru dia balik Malaysia.
May Allah bless him :)
Amin.
 
So today, semua pun okay. Doa selamat mula lepas asar.
Org surau semua dtg.
Kwn-2 mira dtg.
Kwn aku, tasya je. Yg lain tak dpt dtg.
Tasya pun, aku yg pergi hantar ambik dia sbb dia tade transport kan.
 
Then, mmg busy sangat tadi. Tatahu lah nak ckp cemane. 
Penat sangat.
Mengantuk. Semua ada.
Memang tak menang tgn.
Even jam pukul 10 pun ada tetamu lg. Tapi yg sedara mara lah.
Jiran semua dh balik lh kan xD
 
 Sempat ambik gambar dgn cik bff and my two lil bro.


Bye :D


Thank you for visiting here :)

Wednesday, May 29

Thumbs up MatLuthfi :)

Assalamualaikum
 
 
*sila pause lagu di bawah sebelum menonton video ini :) 
 
Tahniah MatLuthfi utk filem pendek yg baru sahaja di upload. 
Seriously. 
Beautiful and very touching.
Watak ketua usrah yg sgt kena dgn sikap segelintir manusia zaman skrg. 
Which is, seorg yg memegang teguh pd agama sehinggakan memandang jelik dan hina terhadap mereka yg melakukan kesilapan walaupun sikit.
 
Aku respect dgn :
1) Kaedah Mat yg menukar air arak kpd air yg halal. 
2) Cara Mat memberi nasihat dgn contoh pensel dan pemadam.
3) Cara Mat menegur ketua usrah secara depan-2.
4) Idea dan cara filem pendek ini dihasilkan.
 
Tahniah utk MatLuthfi sebagai director :D
 
*Video ni kena dgn waktu dimana ak pun tgh dlm proses nak berubah kan. 
Syukur pada Allah :)
 

Thank you for visiting here :)

Saturday, May 25

Things changed.

Assalamualaikum
 
 
 
semua orang akan berubah.
betul.
kenangan sahaja yg akan kekal.

aku senyum pahit.
ada hikmah mungkin?

aku berhenti.
berhenti mencuba menjadi yg terbaik.
berhenti mengharap.

kalau sudah ketentuan begitu.
kalau sudah tiada yg mahu mendampingi.
kalau sudah tiada yg mahu meminjamkan bahu.
kalau sudah tiada yg mahu mendengar.
kalau sudah tiada yg mahu bersama.

aku senyum sendiri.
ada hikmahnya..


Thank you for visiting here :)

Thursday, May 23

Yeayyyyy

Assalamualaikum
  
http://sjsdblogs.com/jordansblog/files/2013/01/excited-face-cartoon-i0-2gi4cpx.png
 
dulu selalu ambik header kat blog org.
sape bg freebies tu, ambik,
lepastu klu singgah blog sape,
tengok2 header sama. 
 
tp skrg tayah risau dh.
sengih je.
sbb dh ada org tlg kita buat header khas nama kita
comel kan?
 
http://myraazraff.blogspot.com/
 ni blog dia. 
kalau based on her newer post,
dia kata dia tak buat dh,
tp entah knp dia tlg buat kat ekin :D
 
blog ekin ni tak rmi follower pun.
but still,
i love my blog,
bila dh dpt header sendiri ni...
seronok gila haha.
kesian kan?
k diam.
 
eksaited tak habis lg ni :D
comel sgt.
mmg kena sgt mcm yg ekin mintak :D 
ni kira hadiah bufday lah ni haha so cute :)
thanks myra :) 
 

Thank you for visiting here :)

Tuesday, May 21

Sanah Helwah, ekin.

Assalamualaikum
 
http://1.bp.blogspot.com/-uTrNJ8tol9A/UQauX8pygFI/AAAAAAAAA0s/rte88qO37tY/s1600/tumblr_lrzgo3OPx71qc2an6o1_500.jpg
*gambar pinjam*

syukur.
hari ini aku genap berumur 19 tahun.

alhamdulillah.
terima kasih Allah.

may Allah bless you ekin.
insyaAllah amin.

aku bukan seorg gadis yg penuh dgn ciri kelembutan.
aku kasar,
aku ganas,
tapi aku masih seorg perempuan.

alhamdulillah.
terima kasih Allah.

kau kurniakan aku keluarga.
kau kurniakan aku sahabat.
kau kurniakan aku nikmat.
selama aku hidup utk 19 tahun.

syukur.
terima kasih Allah.
i love you, Allah.

Thank you for visiting here :)

Monday, May 20

Sampai bila?

Assalamualaikum
 
Entry asal dari : http://mearale.blogspot.com/2012/12/beri-saya-masa.html 
Lagu blog sy juga credit pd blog di atas :)

     Bersebelahan meja aku,
dua Muslimah sedang berbicara perlahan berdekatan aku,
seorangnya bertudung labuh bulat berniqab,
dan seorang lagi bertudung singkat berlengan pendek.

"Nadia, esok teman saya pergi Jalan TAR nak?"

"Eh, ada apa kat sana?"

"Nak pergi beli kain, nak buat tudung baru, Umi yang suruh. Ah, apa kata, saya buat untuk Nadia gak? Boleh kita sedondon pakai tudung labuh, awak mesti cantik, confirm!", si Niqabist berkata dengan penuh semangat.

"Saya... Memang nak pakai tudung labuh... tapi...", ku melihat si Nadia tertunduk malu. Segan ya cik adik, ohoi!

"Tapi... saya tak nak buat sebab awak yang suruh, saya nak buat dengan ikhlas kerna Allah. Beri saya masa ya?"

Dush!

Bahu ukhti Niqabis jatuh sejatuh-jatuhnya,
kecewa barangkali.

Tanpa ku sedar,
aku berbisik,
"La baks. Allah Maha Mengetahui yang terbaik."

Eh.
Tanpa sedarkah?
Abaikan.

***

"Saya tak nak buat sebab awak yang suruh, saya nak buat dengan ikhlas kerna Allah. Beri saya masa ya?"

Ayat ni terngiang-ngiang dalam kepala aku,
siang dan malam,
petang dan pagi,
semacam dah kena implant dalam otak eden ni.
Poning poning.

"Saya tak nak buat sebab awak yang suruh."

Besar maknanya.
Kadang-kadang terasa macam,
eh, betul gak kan,
dia dah menarik dia kepada aku.
Dakyah ni dakyah!
Ish, takleh jadi.

Kemudian,
teringat pula ukhti Niqabis,
yang kecewa tahap Super Duper,
bila seruannya tidak disahut.

Malah,
bila ditembak,
dikatakan disuruh berubah,
kernanya dan bukanNya.

Aduh.
Tertembak diri sendiri.

Belek-belek al-Quran,
pasti ada jawapan buat kebingungan ni seyh,
masakan Al-Quran takde,
kan kan kan.

Belek belek belek,
eh eh.
Sat,
belek ke belakang satu dua muka surat.

*air mata menitis berguguran*

Saspens saspens.

Tapi serius,
ini khas buat para Dai'e.

Dari zaman Rasulullah,
hinggalah ke hari ini,
Allah pujuk kita-kita.

Ahhhhh,
cair.
Muktamad.

***

"Sungguh, engkau tidak dapat menjadikan orang yang mati dapat mendengar, dan menjadikan (tidak pula) orang yang tuli dapat mendengar seruan apabila mereka telah berpaling ke belakang."

Mereka yang mati.
Mereka-mereka yang hatinya mati.
Mereka-mereka yang mematikan hati mereka.

Mereka telah berpaling.

"Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk orang buta dari kesesatannya. Engkau tidak dapat menjadikan (seorang pun) mendengar..."

Mereka yang buta.
Mereka-mereka yang sesat.

Kita hanyalah penyampai.
Kita hanyalah KhalifahNya.
Kita hanyalah AbidNya.

Kita tiadalah memegang hati-hati mereka,
kita tiadalah mampu menjadikan mereka celik,
menjadikan mereka peka,

kecuali,

"... orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami lalu mereka berserah diri."

Mereka yang beriman kepada al-Quran.
Mereka yang hidup berlandaskan al-Quran.
Mereka yang berdamping dengan al-Quran.

Dan mereka berserah diri.

Yakni memeluk Islam (menyerah diri).

- An-Naml 27:80-81 -

.............

Oleh itu,
para Dai'e,
bergembiralah.

Teruskanlah menyampai,
sepertimana Rasulullah cinta kita-kita menyampai,
dan terus menyampai.

Dan jika mereka yang kita sayangi,
tiadalah ingin berpegangan tangan dengan kita,
menuju ke JannahNya,
la tahzan.

Kerna,
kamu-kamu sedang merasai,
apa yang Rasulullah cinta kita-kita rasai,
tatkala bapa saudara Baginda,
tiadalah ingin memeluk Islam.

Teruskan,
terus menyeru,
kerna Rasulullah terus menyeru Abi Talib,
hinggalah ke nafas terakhirnya.

La tahzan la tahzan,
Allah memujuk kita melalui ayat-ayatNya yang indah.

Bergembiralah,
Senyumlah.

Sungguh,
janjiNya itu benar.

Allahu Allah.

***

Dan pekalah wahai saudara-saudaraku,
akan tunjuk ajar daripadaNya.

Diingatkan kita-kita,
bahwa hati mereka-mereka,
tiadalah milik kita.

Dan tiadalah kita berkuasa,
untuk menjadikan mereka peka dan celik,

tapi, celikkah anda-anda,
akan jalan yang dibentangNya?

"... kecuali orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami lalu mereka berserah diri."

Allah sedang memberitahu kita-kita,
yang satu-satunya cara untuk mereka-mereka celik,
dan peka,
adalah dengan beriman kepada ayat-ayatNya.

Maka,
menjadi tugas kita,
untuk mengembalikan mereka-mereka kepada al-Quran,
dampingilah al-Quran,
sentiasa bersama al-Quran,
tunjukkan pada mereka,
bagaimana hendak mentadabbur,
bagaimana hendak menjadi al-Quran sebagai panduan hidup.

Kadangkala,
mereka hanyalah tidak mengetahui.

Allah jadikan kita-kita,
sebagai hambaNya dan khalifahNya.

Erti kata lain,
our default settings,
adalah hambaNya dan KhalifahNya.

Pasti,
pasti ada rasa cinta dalam diriNya pada Allah.

Yang diperlukan hanyalah sentuhan tarbiyyah,
yang bakal meng-clorox segala karat-karat jahiliyyah,
dan menjadikannya logam yang bersinar Nur Islamiyyah.

"Sometimes, all we need is just a pair of hands to lead us to Him."

..........

Berbalik kepada barah otak yang terkini,
iaitu ayat,

"Saya tak nak buat sebab awak yang suruh, saya nak buat dengan ikhlas kerna Allah. Beri saya masa ya?"

Disebarkan Islam,
melalui Rasulullah,
seorang manusia.

Tiadalah pula,
Islam tiba-tiba muncul,
pooof!
Tadaaaa!

Dan tiadalah pula,
Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Bilal bin Rabah, Sumaiyyah, dan para sahabat yang dicintai,
secara tiba-tiba mendapat Hidayah,
untuk memeluk sesuatu yang tidak dikenali.

Tidak, ya akhi, tidak ya ukhti!

Mereka-mereka memeluk Islam,
mereka-mereka mendapat Hidayah,
kerna mereka dapat tahu mengenai Islam,
melalui Rasulullah, seorang manusia jua.

Rasulullah menyeru,
dan para Sahabat menyahut.

Apakah hendak dikatakan para Sahabat tidak ikhlas?

Pabila diturunkan ayat haramnya arak,
Rasulullah menyampaikan,
dan para Sahabat memecahkan, mencurahkan, memuntahkan segalanya,
apakah mereka tidak ikhlas, ya akhi ukhti?

Perlu difahami.

Rasulullah hanyalah penyampai.

Para Dai'e, yakni penyeru jua,
hanyalah penyampai.

Pernahkah kamu dengar,
akan kisah Arab Jahiliyyah,
yang menentang Rasulullah,
seperti Abu Jahal dan Abu Lahab?

Celikkah kamu akan sebab mereka menentang?
Sebab Islam palsukah?

Oh, tidak sama sekali,

Mereka enggan tunduk kepada kepimpinan Nabi,
yang hanyalah manusia biasa,
sedangkan mereka adalah ketua Kabilah.

Nampak permainannya?

Mereka menolak perintah Allah,
kerna manusia.

Kononnya,
jika seorang ketua Kabilah lain,
yang menjadi Rasul,
maka mereka akan memeluk Islam.

Kononnya,
jika mereka berjaya membunuh Rasulullah,
selepas tu mereka akan memeluk Islam.

Pffft.

Mereka buta.

Yang Rasulullah hanyalah menyampai.

Segalanya daripada Allah.

Telah disusunnya,

menjadi takdir.

Qada' dan Qadar yang kita-kita beriman kepada.

.............

Persoalannya,

yang mana satukah kita-kita?

Orang yang mati,

Orang yang tuli,

Orang yang berpaling ke belakang,

Orang yang buta,

ataupun,

orang yang beriman kepada ayat-ayatNya lalu berserah diri?

***

"Beri saya masa."

Sampai bila?

Thank you for visiting here :)

Monday, May 13

Memakai tudung yang menutup aurat :)

Assalamualaikum
 
 
 
Dekat atas ni video yg dibuat oleh vlogger lelaki yg dgr kata merupakan pelajar matrik. Jom tengok :)

Penuhi 4 syarat ini, anda nak pakai tudung jenis apa pun pakailah:

1. Tudung itu mempunyai bahagian/lebihan kain yg terjuntai ke bawah.

2. Tudung itu bersifat selindung. apa itu selindung?
sifat-sifat selindung:
- tidak transparent
- longgar (tidak nampak bentuk tubuh badan)
- bahagian belakang badan tertutup/dilindungi tudung
- bahu dilindung tudung
- tidak nampak bentuk telinga
- takde bonggol unta
- dan so on

3. Tudung mesti tutup dada

4. Ikut mazhab syafie, ketika solat,kedua tangan kita diletakkan di atas pusat dan di bawah dada betul tak? ok untuk yg keempat senang je, anda lakukan perbuatan meletakkan tangan di atas pusat di bawah dada itu (seperti dalam solat), bila dikenakan tudung pada diri anda, tudung itu menutupi semua bahagian anggota badan di bahagian atas tangan anda. jika semuanya tertutup dgn rapi, maka pemakaian tudung anda inshaAllah sempurna!

Tudung dah labuh jgn lah pakai baju lengan pendek pulak. Baju pun mesti lengan panjang. Jgn pakai inner sebab inner menampakkan bentuk lengan awak. Okay? InsyaAllah :)



Thank you for visiting here :)

Sunday, May 12

Duhai Allah..

Assalamualaikum
 
http://ayna.yeopmi.com/wp-content/uploads/2012/10/tumblr_lf8dueC4En1qdbbywo1_5005.jpg
 
Duhai Allah..
Kau Menguji
Tanda Kau peduli
Kau kasihan
Kau beri jalan

Duhai Allah...
Izinkan hatiku gembira
Dengan sabar dan redha
Izinkan hatiku bahagia
Dengan baik sangka

Moga..
Dengan baik sangka
Hatiku lebih bernyawa
Mengekspresikan cinta
Pada yang Esa
I love U Allah.

Nukilan hati,
Fatimah Syarha Mohd Noordin
 
 

Thank you for visiting here :)

Wednesday, May 8

Apa beza CGPA dgn GPA eh?

Assalamualaikum
 
http://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-ash3/p480x480/578201_500200460042693_1081587502_n.jpg
Bila result UiTM dah keluar, mula semua yg baru nak masuk sem 2 ni pening, nak ambik yg GPA ke CGPA? Ada yg CGPA makin tinggi. Ada yg rendah. So pening kan?

Okay nah aku bagi secara ringkas lah apa beza CGPA dgn GPA tu. 

Mungkin ramai yang masih keliru apakah perbezaan GPA dan CGPA, walaupun sudah hampir setengah tahun pengajian. Apatah lagi untuk mengetahui cara mengira kedua-dua keputusan peperiksaan ini.
Secara ringkas GPA ialah Grade Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester itu. Contohnya ada subjek anda dapat A, ada subjek dapat B-, ada subjek dapat C. Gred A memberikan nilai 4.00, manakala gred B- memberi nilai 2.67 dan gred C memberi nilai 2.00. Purata Nilai Gred anda ialah purata bagi semua keputusan.

CGPA pula bermaksud Cumulative Graed Point Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan anda bagi semua semester yang telah dilalui.
Perbezaan antara kedua-dua GPA dan CGPA ini ialah GPA- keputusan untuk satu semester manakala CGPA- ialah jumlah gred keseluruhan semester yang telah dilalui.
Sebelum mengira GPA dan CGPA, penuntut perlulah mengetahui elemen-elemen yang digunakan dalam pengiraan CGPA.
Elemen-elemen tersebut ialah Bilangan Kredit, Mata Nilai-Nilai yang dibawa oleh sesatu gred; contohnya Gred A=4.00, Gred B=3.00 dan seterusnya dan Jumlah Mata Nilai iaitu hasil darab Mata Nilai dengan Bilangan Kredit.
Formula asas bagi pengiraan CGPA ialah Hasil Tambah Jumlah Mata Nilai dibahagikan dengan Hasil Tambah Kredit.
Okay faham tak? Kalau nak tahu cara kira boleh rujuk di sini : http://haqimmohamad.blogspot.com/2011/05/cara-nak-kira-gpa-dan-cgpa.html

NotaKaki : Aku harap yg dpt result 3 pointer above tu bersyukur lah, jgn lah nak keciwa sakan sbb tak dekan. Ada yg kena repeat, ada yang pointer bwh 3. So korg dh dpt 3 pointer above tu uih bersyukur lah hendaknya. Sem depan cuba lagi. Okay :)

*aku tak dekan tapi memang syukur sangat sangat sebab tade repeat and pointer still 3 above. Alhamdulillah :D


Thank you for visiting here :)

MENGENALI DAJJAL

Assalamualaikum
 
MENGENALI DAJJAL

Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa A.S yg di angkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman A.S. dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah S.A.W telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.A.W., diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua: Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat. Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah S.W.T. utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi S.A.W., menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah S.A.W.! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi S.A.W. menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

Maksud Sabda Rasulullah S.A.W. ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah S.W.T. utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah S.A.W. bertanya: "Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?"Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam A.S.

Ikhsan: Amirulhaq Martin Umar
SALINAN ASAL : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=369519759814929&set=a.365323030234602.1073741828.100002707230724&type=1&ref=nf

Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH