Tuesday, April 30

Buli lagi

Assalamualaikum
 
*konon dia besar buli adik kecik xD*

Makin menjadi jadi kes buli. Sebenarnya kalau di search dalam youtube, banyak lagi kes buli, kes gaduh kat sekolah ni sejak dulu. Tapi entah kenapa sekarang baru kes macamni diberi perhatian. 

Lepas dari kes pergaduhan antara budak lelaki di sebuah sekolah di Penang, rujuk twitter dan google utk maklumat lanjut. Kes gaduh sampai baling pasu pulak. Yang tu memang tatahu lah. Sekarang ni, kes terbaru, kes buli antara budak perempuan pulak dimana pembuli memasukkan stoking ke dalam mulut mangsa dan mangsa hampir dibogelkan pada awal video.

Satu je yang aku tak faham, kenapa mesti dimasukkan video tu ke dalam internet? Kenapa disebarkan video tersebut? Bangga mungkin? Entah lah. Wallahualam. Cerita ini pun entah sebenarnya berapa lama sudah berlaku. 

Melihatkan mangsa. Aku bersungguh sungguh cakap sesorang. Asal kau tak lawan? Lawan je. Diorg perempuan. Kau perempuan. Kalau diorg kuat, kau pun kuat. Ye, diorg ramai. Tapi kalau dh nama ppuan, ada lemahnya. Entah lah. Mungkin mangsa tu memang sentiasa dibuli dan diugut. Aku tak salahkan dia pun. Mungkin banyak sebab sampai dia tak berani melawan.

Kepada pembuli, diharapkan korang insaf lah. Membuli jangan sampai mengaibkan. Hidup kita sentiasa berputar. Kalau Allah nak balas, sekelip mata je. Bawak bawak lah insaf. Ok tu je, taley ckp lebih2. Geram sbnrnye ni. Haha k bye.

p/s: maaf saya tidak akan menyelitkan apa apa video mahupun gambar di sini, bimbang mengaibkan mangsa.

Thank you for visiting here :)

Sunday, April 28

Ujian itu buat kita kuat?

Assalamualaikum
 
Seringkali kita diuji dengan ujian yang buat kita lemah. Buat kita sedih. Sampai kadang-2 kita tak mampu nak hadapi ujian tu. Ujian putus cinta. Ujian gagal exam. Ujian dlm berkawan. Ujian dlm keluarga. Macam-2. Sampai ada yang putus harapan.

Kita selalu cakap. "Kenapa aku diuji sampai macam ni? Apa dosa aku dh buat?" ataupun mungkin kita akan cakap, "Aku tak boleh tahan dah. Aku tak sanggup dah."

Dan jawapan aku sama je bila ada org ckp mcmtu kat aku.

"Allah uji kamu dengan ujian berat tu, sbb Allah tahu kamu mampu hadapi ujian tu."
"Allah bukan bagi ujian tu suka-suka, DIA nak kamu kuat."
"Kamu rasa kamu tak mampu, tapi knp Allah bagi? Sebab Allah itu Maha Mengetahui."

Betul. Betul. Betul. Aku sendiri juga pernah putus asa bila hadapi ujian yg betul-2 menguji kesabaran aku. Tapi tak ada lah sampai aku nak salahkan takdir yg Allah dh tentukan utk aku. Aku terima cuma aku tak tahu tak pasti aku mampu ke tak nak hadapi nya. Tapi sebab aku percaya Allah bagi aku ujian ni bersebab. Dan ada hikmahnya bila kita diuji sampai mcmtu.

Ujian cinta? Ujian keluarga? Ujian kawan? Ujian pelajaran? Ujian kewangan? Ujian guru/pensyarah?

Semua akan jadi mudah bila kita terima ujian tu dengan hati terbuka. Bukanlah kata tak boleh nangis ke apa. Nangis lah.

Kadang-2 nangis pun boleh buat kita hilang rasa sedih. Menangis lah jika kau rasa itu melegakan hati kau. Nangis lah. Tak salah pun nangis. Lelaki kena kuat? Tak jugak. Nangis je lah. Itu normal. Tade sape nak panggil awak pondan sebab awak nangis je. Ok? So be positive.

Hidup kena positive okay? Apa saja masalah, kena fikir positif. Okay dah tu je kaunseling aku haha kbye xD

Thank you for visiting here :)

Monday, April 15

Seoul Garden with girlfriends :)

Assalamualaikum
 
*gambar sumber google*

Okay entry kali ni seperti yg dijanjikan aku nak cte psal pengalaman makan kat Seoul Garden. Seoul Garden yg kitaorg pergi ni satut2nya Seoul Garden kat Ipoh iaitu bertempat di Jusco Kinta City. Kedai dia satu baris dgn Popular, hujung. Ha carik lah. Aku g dengan Farisha, Shima dan Anie. Tayah lah aku cte pepanjang kan. Kami makan kat situ, kami ambik pakej lunch utk student punya. 

 
*gambar sumber google*
 
Jadinya utk student mcm kat ats ni lah, 23.88++ tapi jgn kome bwk betul harga cenggitu. Tu tak tambah tax lagi. Tambah tax ada lah sampai 30. Tak lebih 30 lah cenggitu.
Lepas je bayar kat kaunter tu, ha dia bg sit, ha kau g ambik apa je kau nak kat kaunter makanan tu. Segala mcm yg kau biasa tgok kat cte Korea depa duk BBQ tu haa ada sume.


Disebabkan kami berempat ni peminat tegar Running Man makanya, kami mmg selalu lah tgk makanan2 yg Running Man selalu makan masa buat mission tu kan. Ha mmg pulun habis. Dari pukul 12 cmtu lah kami mkn, smpi kul 4, mmg ada lah  3 round kami makan. Nak dtg sini, make sure mmg tgh lapar teruk. Tgh kebulor gila punya. 


Apa lagi, sesi brgambar lah kan haha. That girl yg baju belang tdung bunga2 tu Shima. Yg baju biru tudung biru tu Anie, Yg tudung pink, aku. Yg lagi sorg tudung biru baju belang tu Farisha. Ha puas kami mkn tau. Steambot, BBQ, perhhh daging2 dia. Mcm2 lah. Mmg korg kena try. Kenyang tu kenyang tapi kalau ikutkan nafsu, mmg tak pernah puas lah kan haha. 

At the end, aku baru tahu, korg nak ambik, jgn ambik sekaligus banyak, ambik sikit2, lepastu dh habis g ambik lg, sbbnya takut tak termakan. Sbb yg mana korg ambik tp tak mkn tu dia akan kira berat dan caj korg. Kalau tak rugi lah depa kan? Hihi so try and enjoyy.

p/s : Kami pergi ni masa 24/3/2013. Baru nak update skrg sbb internet baru nak laju haha okay bye ^^  
 

Thank you for visiting here :)

Saturday, April 6

Let bygones, be bygones.

Assalamualaikum
 
 
Yes. Kali ni nak ckp pasai ni. Aku kadang stress bila org suka tanya aku benda yg aku tak suka dan dah lama berlalu pun. Tambah2 lagi benda yg buat aku sakit hati. Buat aku sedih.

Yes betul. Masa silam yg membentuk kita menjadi diri kita hari ini. TAPI TAK SEMUA. Repeat. TAK SEMUA. Tak semua masa silam tu membentuk kau jd diri kau hari ini. Banyak benda yg boleh buat kau jd diri kau harini.

Semua org kalau boleh benda yang dah lepas benda yg menyakitkan akan dilupakan. Selagi boleh, nak buang kenangan silam yg pahit tu jauh jauh. Tapi kenapa lah masih ad juga org yg suka nak mengungkit kisah silam yg menyedihkan tu?

Dia tahu kita ada masa silam yg menyedihkan. Lagi nak tanya. Tujuan utk apa? Kau suka kalau aku igt benda yg lepas tu lepastu aku bandingkan dgn apa yg berlaku dgn kau. Nak? As example, kalau masa silam aku kena tipu dgn ex aku. Then, kau nak aku doubt kau yg kau ni tipu aku? Nak? Huhh..

Semua org ada zaman jahiliah masing2. Yg lepas biarlah lepas. Yg skrg ni kita teruskan je. Tak payah toleh belakang. Maju ke depan bukan undur ke belakang. Ok?
 

Thank you for visiting here :)

Wednesday, April 3

Berhenti mencintai...

Assalamualaikum
 
 
 
Sakit. Pedih. Terluka. Pabila cinta yg kita hulurkan seikhlas hati kita tidak berbalas. Tapi lebih sakit untuk terus berpura-pura bahagia tatkala air mata duka mengalir. Ahh siapa kita ingin memaksa perasaan org lain? Perasaan yg tidak pernah wujud untuk kita, siapa kita untuk memaksa ia wujud?

Aku juga pernah merasa sakitnya pabila cinta kita ditolak. Makanya, aku memahami perasaan mereka yg ditolak cintanya. Aku cuma berdoa, mereka ini akan menemui insan yg jauh lebih baik. Jauh lebih mencintai mereka. Dan bila sampai satu tahap dimana aku nampak tiada balasan mahupun harapan. Aku rasa dah sampai untuk aku berhenti mencintai. Berhenti menyayangi dan merindui insan yg tidak membalas cinta aku. Sebab aku tahu cinta yg aku hulur tu takkan pernah bersambut. Dan aku tidak mahu cinta aku disambut atas dasar kasihan dan simpati.

Sedikit demi sedikit, hari demi hari, aku akan cuba mengikis perasaan ini. Akan aku sedarkan diri aku dimana tempat aku berdiri. Akan aku bangun dari mimpi yang sia-sia. Siapa yg mahu melupakan cinta mereka? Tapi siapa juga yg mahu cinta mereka disia-siakan? Aku hanya mengambil keputusan yang aku rasa cukup adil utk diri aku sendiri. Mungkin dah sampai masa untuk aku berhenti mencintai. Dah sampai masa untuk aku sedar akan hakikat ini :')
 
 
 

Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH