Saturday, March 2

Rindu gaban kat G2

Assalamualaikum
 

Harini nak bagitahu yg aku rindu kat budak budak dorm aku ni. Uhuks >.<

Start rindu masa fairuz tag kat aku yg gmbr kek tu. Then terus teringat masa aku kena prank. Masa tu form 5. Dan masa tu birthday aku. Kebetulan malam tu ada jamuan perpisahan ke apa ke aku lupa dah. Menjelang masuk pukul 12 malam, kecoh lah satu blog ucap bufday kat aku. Lepastu aku buat apa ntah aku lupa. Pastu naik bilik. Gelap gelita. Kasut pun tade. So aku tatahu lah mana deme yg lain lepak kan. Serius tatahu. Boleh pulak aku lupa kes Fairuz kena prank mse bufday dia. Elok je nak p kat katil tu,

"Arghhhh!" Guwa jerit nak keluar anak tekak beb. Kau byg ah pocong berdiri atas rak tepi katil kau. Terjerit sambil lari keluar pintu. Budak bilik lain duk shuhhh shuhhh kat bwh suh diam. Gila kau nak diam mcm mana haha. Lepastu budak bilik aku bukak lampu bilik. Nampak lah si Wanie baik punye pakai telekung. Yg lain campak bedak ah kat aku. Perghhh first time dlm hidup bak ang. 

Tapi mmg rindu. Skrg yg mampu dgr wish je lah dri mereka. Maklumlah semua pun dah berhijrah. Dah jauh jauh semua. Ada yg belaja satu tmpat, ad yg satu negeri. Ada yg nun jauh ke pantai timur. Aku je stay mendap kat Perak. -.-'

Okay lagi. Aku rindu nak lepak kat port2 kami. Kat surau. Kat dm. Kat sek. Kat kantin. Hmm :( Rindunyaaaa.

Pastu rindu nak lepak kat katil kat rak, nak dgr gosip. Rindu nak belajar nak overnite sesama. Rindu nak rapat katil dgn org sebelah. Rindu nak main perli perli. Haha. Rindu nk gosip bebudak junior bebudak bilik lain. Senior blok. Haha. Percaya ah. Aku mmg nak zaman sekolah berakhir. Tapi kalau boleh aku nak zaman duk hostel tu kekal. Aku nak bila balik kg, bilik aku riuh rendah. Kongsi makanan masing2. 

Rindu nak dgr Juju dgn Aliaa jerit pekik nyanyi lagu. Rindu nak dgr suara Wanie yg bingit suruh simpan duit kat dia. Rindu nak tengok gelagat Che Pah yg kelakar. Gerak kaki gelong gelong haha k aku gelak skrg. Rindu nak dgr Fairuz gosip. Fairuz ni pd diam pun gosip dia dahsyat. Rindu nak dgr Fifi ceramah. Uuuuuu miss you allllll ;( tsk tsk tsk

Mungkin bagi aku sendiri, aku tade byk knangan dgn diorg. Sbb aku tak smpat nak rapat dgn depa. Tapi nasib lah hari hari terakhir aku kat sana diisi dgn kemeriahan depa. Aku rindukan suasana bahagia kami. Semoga kami dapat melalui hari hari itu semula :')
 

Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH