Thursday, May 31

Debaran UiTM :')

Assalamualaikum.


Nampak? Nampak?! Haha punya malas k sampai ta kemas brg pun. Bilik pun dh mcm tmpt kucing branak punya full. Tape, mlm ni aku mula pack brg semua dah. Esok dah nak pi. Mlm ni lha baru na gosok baju semua. Dan masa ni jugak baru ingat beberapa keperluan ad yg ta beli lagi --" 

K sekarang memang tengah berdebar sikit sebab esok akan memulakan satu kehidupan baru yang bergelar Mahasiswi :') Ta sangka masa berlalu begitu pantas. Mendapat keputusan yang aku berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM Seri Iskandar dlm bidang yg aku impikan dari form 5 lagi, Office Management. Oh tatahu eh? Aku ta update lagi ke? Hihi lupa --"

Alhamdulillah :')

Dan rezeki jugak sebab aku dapat sama sebijik dengan Rafiqa. Dan masih juga murah rezeki aku bila Meor yg juga merupakan anak penyelia asrama disana ingin membantu kami bagi membolehkan aku dan rafiqa menjadi teman sebilik :')

So yg aku tahu ada lagi kat UiTM sama aku tu. Meor, Syamil, Rafiqa, Syera, Fimo, Intan Nabila. Dgn tweet pun ada jugak jumpa kwn baru, Qeela, Tyka. Hewhew. So harapnye esok berjalan lancar. InsyaAllah. Kalian doakan kejayaan aku k. Dan aku dah pasang niat pada tarikh baru di bulan June ni untuk belajar sungguh-2 dan bagi mak aku bangga :'D

So aku kasitahu awal-2 k. Aku ta bwk laptop utk seminggu ni. So mengenai minggu orientasi akan aku update minggu dpan dimana aku dah bwk laptop nanti. Aku online pakai hp je lha. Hihi. Kbai :)


Thank you for visiting here :)

Friday, May 25

Excited na dapat hadiah lagi :D

Assalamualaikum.

BLACKBERRY CURVE 9380

SAMSUNG GALAXY W

Mula-2 aku dah order dah BB tu. Then org tu cakap tade stock sebab baru keluar so ramai dah angkat. Aku pun tanya-2 ah mbe ak dlu, pendapat diorg pasal BB. Dan ad sorg ni, dia pakai BB, dia ckp --" na pakai BB kena ada kesabaran sebab BB cepat habis bateri dann cepat hang. K tang situ aku ta minat dah. Sebab aku ni bukan jenis suka mengecas hp. K lepastu aku survey-2 samsung, terjumpa Galaxy W ni, cun pun cun. Hmm android jugak kan.

Selepas berfikir dan bertanya pendapata, ramai sarankan aku ambik Samsung sebab kata mereka BB ni sesuai kalau kawan-2 kita ramai pakai BB, ye lha na BBM kan? Hm so mbe ak ta ramai pun BB ni. Yg ad fb tu pun bukan semua aku kenal. So, aku decide utk tukar :) So dah order dah Galaxy W. Duit deposit pun dah kasi. Sekarang tunggu dapat.

Hadiah sebba masuk UiTM dan aku kena pegang dengan janji untuk dapatkan result gempak dekat sana nanti. InsyaAllah. Thanks mom :')


Thank you for visiting here :)

Tuesday, May 22

Hikhik <- gelak gedik lepas dpt hadiah xD

Assalamualaikum.


So balik dari kerja tadi, mak aku belikan kek sempena harijadi aku harini. Hewhew. Sedap kan kan? Hehe. Lepastu, mak aku bagi hadiah. Kotak dah besar, tapi goncang byk brg. Haha excited jea.


Bila dah bukak, Fuh dalam kotak yg aku goncang tadi, ad 3 benda. Lepastu ada satu kotak besar kat belakang, mak aku bagi. Fuhh. Haha. Hadiah harijadi dan hadiah masuk U. Hikhikhik.

Printer HP. Mempunyai kelebihan fotostat, scan, print warna dan hitam putih. Hihi :D

Yg ni pulak external hardisk yang mengandungi 500 GB :D

Yg ni pulak Wireless Mouse. Hewhew :D

Hewhew lawa kan. Cute je. Yg ni card reader :D

Itu hadiah dri mak. Dri bapaknye belom. Hahah *gelak jahat*. Bila na dpt ni? Hewewwww tangan gatal dah ni. Hehe. Mentang-2 mak aku programmer, hadiah semua komputer punya brg aje. Haha tape. Kegunaan di U. Thankyou mom ! 


Thank you for visiting here :)

Monday, May 21

18? WOHHH tahniah ekin :')

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. harini umur aku akhirnya mencecah 18 tahun dan dah besar :D Dah boleh masuk wayang 18+ Hahahahahah k. Sebeblum ni masuk je tade apa pun. Haha. So tatahu na cakap apa. Bila dah cecah umur 18 ni, macam-2 dah boleh fikir kan. 


Bila difikir, tudia aku dah tua. Haha. Eh ekceli bukan tua. Matang k matang. Hahah. So lepasni kena tempuh kehidupan dekat universiti. Bak kata cikgu addmath aku, Cikgu Jalal, kehidupan baru harus dimulakan. Jangan lupa diri. Kadang tu ada smpai lupa diri dan tanggal tudung semua. Ish dengor cikgu ckp cenggitu, haha mengucap panjang. tade lha sampai mcm tu kot. Lagipun betul kan. Masing-2 dah na sambung belajar, berdikari dan paling penting, belajar :')
Kepada mereka yang wish dekat fb tu thanks bebanyak k. Selagi boleh aku ucap lha thanks kat korg. Tape. Walaupun sbenarnya ta egat pun bday ak kan. haha tape sbb aku pun bukan ingat semua org punya bday. Well fb ada. Hehe. So twitter pun ada jugak. Leeya. Antaray byk-2 wish yang aku dpt. Ada satu yg buat aku terharu gila. Wish dari besties aku, Tascha. Nah tengok. 


Nampak kan? Hehe so thanks again you alls :')

#entry awal. nanti malam kalau ada apa-2 aku update lagi k :D


Thank you for visiting here :)

Lagu dan blog? Hmm

Assalamualaikum.

Sesape yg masuk blog aku mesti geram je. Ekceli sesape yg masuk blog sesape yg ada playlist SCM player ni mesti geram. Hihi sebab mula-2 blog akan bukak then dia akan refresh dgn sendirinya hanya sbb kewujudan lagu tu. Hewhew sorry lha eh kalau blog ak buat kome sume geram. 

muka semua cenggini -.-'

Aku dah try dah buang lagu tu lepastu aku baca entry-2 aku tapi haiyerr, serius boring. Entry-2 aku kan byk jiwangnye, so bila ak letak lagu yg mcm tade hrapan na hdup tu, ak rse feeling tw bila bce entry sedih aku. err ekceli, entry jiwang. So pada yg ta berminat, mohon maaf lha ye. Tapi refreshnye bukan lama pun kan. ta sampai seminit pun. So chill k. Hewhew :D


Thank you for visiting here :)

Sunday, May 20

AMBIL WPP TAPI MCM...

Assalamualaikum.


Actually gambar ni mak aku semangat na tgkap. Katanya kenangan aku pi ambik Wang Pembiayaan Pelajaran a.k.a WPP. Cehh WPP je pun kan? Haha aku pun rasa lawak, tapi memandangkan mak aku nak, tgkap jugak lha. Gmbr habis cun dah aku cover tu. Padahal matahari duk tegak atas kepala. Fuhh panas.

dengan ibu tercinta. sama tinggi. ke sama pendek? ehh --"

dengan adik perempuan. si cengeng ni pun semangat na tgkap gmbr dengan aku. nampak muka aku tu. panas doh -.-

hihi 3 dara pingitan. eh yg tgah tu hm... 

nampak tak muka semangat na gy ambil duit? hihihi

#btw, okay ta design baru blog aku? actually na kemas sikit. sbb yg lama ta berapa na cun. tulisan ta nmpak. ha skrg nmpk kan? hehe :D

Thank you for visiting here :)

Saturday, May 19

Macam mana na lupakan si dia...

Assalamualaikum.


Bercinta memang indah tapi ada kalanya cinta tidak seperti yang kita harapkan dan berakhir dengan sebuah perpisahan. Sememangnya perpisahan itu sesuatu yang amat perit untuk dilalui dan pastinya bukan mudah untuk kita melupakan bekas kekasih kita dan juga segala kenangan manis yang telah kita harungi bersama.

Ramai yang cuba untuk memadamkan segala kenangan yang telah dilalui bersama. Ramai juga akan cuba sedaya upaya untuk melupakan bekas kekasih mereka. Semua ini dilakukan agar mereka dapat meneruskan kehidupan tanpa insan yang pernah dicintai di sisi.

Tapi bila difikirkan balik, perlukah kita melupakan bekas kekasih kita? Perlu ke kita memadamkan segala kenangan yang dilalui bersama? Adakah dengan cara ini, kita mampu merasa bahagia semula?

Minda kita tiada delete button. Tidak mungkin kita dapat erase segalanya begitu sahaja. Sedangkan tempat kita terjatuh pun kita akan kenang setiap kali kita melintasinya, inikan pula insan yang selama ni menjadi tempat kita bermanja.

Jadi kalau tak boleh memadamkannya, bagaimana caranya untuk move on?

First of all belajar memaafkan bekas kekasih :)

Memaafkannya dengan keikhlasan dan ketulusan hati kita. Selagi ada rasa dendam dan marah di hati, selagi itu kita tidak akan dapat melupakannya dan ini akan membuatkan kita merasa lebih terseksa.

Wake up from the past :)
Buang atau delete segala apa yang ada kaitan dengannya seperti no telefon, remove dari FB , segala gambar bersama, hadiah-hadiah dan sebagainya *aku dah buat semua ni :') Kalau tak nak buang, simpan saja dalam kotak. Asalkan ianya tidak berada di depan mata kita. Semua ini perlu agar kita tak akan duk terkenang-kenang seseorang yang dah nyata telah memutuskan hubungan dengan kita.

Redha :)
Ni yang paling penting sebenarnya. Terima hakikat, telah ditakdirkan dia bukan jodoh kita. Rapatkan diri dengan tuhan. Minta agar dipertemukan dengan insan yang lebih baik.

Perbaiki diri :)
Ambil masa single ni untuk memperbaiki dan memperhebatkan lagi diri kita. Kembalikan keceriaan dalam hidup kita.

Dari lubuk hati aku :

Sejujurnya, siapa sahaja yg mampu melupakan bekas kekasih dalam waktu yg singkat. Macam aku. Sejujurnya aku tak mampu melupakan. Malah aku tak penah cuba nak melupakannya. Bukan sebab aku masih mengharapkannya tapi aku redha dengan segala apa yang telah berlaku. Pasti ada kebaikkan di sebaliknya. Aku tahu setiap yang terjadi dalam hidup aku ada hikmahnya. Aku ikhlas dengan setiap benda yang berlaku.

Kami tetap berkawan, walaupun masing-masing dah membawa haluan sendiri. Aku dah memaafkannya. Tiada dendam di hatiku, kerana suatu ketika dulu dia pernah membahagiakan aku dengan kasih sayangnya. Dan kini aku anggap semua yang aku pernah lalui bersamanya sebagai suatu kenangan yang boleh aku jadikan pengajaran agar aku lebih menghargai kehadiran cinta yang baru. Dan dalam doa aku, aku tidak akan pernah luapa untuk mendoakan kebahagiaan hidupnya. Luka memang ada parutnya. Tapi luka pasti ada penyembuhnya. InsyaAllah :')

#sumber artikel : http://warkahcinta.com/cara-melupakan-kekasih/

Thank you for visiting here :)

Tuesday, May 15

Wordless Wednesday Part 2

Assalamualaikum.



Thank you for visiting here :)

Terlalu Sakit - Indah Dewi Pertiwi :)

Assalamualaikum.


Sudahlah semua telah terjadi
tak pernah sekalipun ku sesali
jujurlah kata itu yang ku mau
ku tau hatiku ‘kan terima

Akhirnya aku tahu yang terjadi
Meskipun tak terucap dari bibirmu
Hancur sudah segala yang ku pertaruhkan
Bisanya kau sembunyi dariku
Kau membagi cinta kita

Terlalu sakit, terlalu pahit, kau
khianati cinta
Kau permainkan rasa
Terlalu sakit hati ini
Tak bisa ku hindari

Terlalu sakit, terlalu pahit, kau
khianati aku
Kau permainkan aku
Terlalu sakit hati ini tak
bisa ku hindari
cukup sampai di sini

Thank you for visiting here :)

Wednesday, May 9

Here the result --"

Assalamualaikum.

Seperti yang semua dah tahu tambah-2 yang sebaya dengan aku. Result UPU dah pun selamat keluar. So aku na story lha dengan korang semua pasal start aku apply segala macam sampai result setiap yg aku apply. 

Okay first aku apply Institusi Pengajian Guru a.k.a IPG. Then resultnye ta dpt. So aku ta kisah sangat. Cause aku ta letak harapan sgt. Sebab memang susah na dt IPG ni. Yg ak tahu ada sorg kwn aku dapat. Tu pun yg result SPMnye 8A --"


Lepas tu yang ni Form 6. Yang ni kita tapayah apply pun. Tapi aku dapat. Tapi yang sadisnya dapat kat Teknik Brash. K pelik. Aku egat teknik tu tade form6. Baru tahu. Tapi aku ta pergi ;)

Lepastu matrikulasi. Memang ta dpt lha kan. Aku mohon pun tak. Haha k. Ye la, dgn result aku yg cenggitu, pastu dgn aku yg malasnye. Matrik ni dah ah kena betul-2 study taley memain. Haha aku suke memain, kadang-2 mls. K aku kena ubah. Aku tahu -.-

So, 7hb haritu, lepas semua orang pakat berdebar duk tunggu result UPU. Aku lagi ah terketar-2 kan. Dekat ofis taley tenang. Ta berhenti pandang jam. Lepastu cecah pukul 12 terus serbu UPU. K memang sesak kay. Jem teruk. Hewhew. Dan Alhamdulillah. Aku berjaya menempatkan diri di UiTM dalam course Office Management. Bidang yang memag aku nak dari form 5 :') Tapi masa ni dia cuma bagitahu U apa je. Dekat mana dia ta kasitahu.

So, keesokkan harinya baru lha pergi laman web UiTM sendiri dan check. So, aku harap Melaka sebenarnya tapi tape lha. Aku dapat UiTM Seri Iskandar. Kira dah bagus dah tu kan. Aku dapat UiTM sama dengan Rafiqa. Course pun sama. Hm kawan-2 yang lain...

Aleeya -> UiTM Kelantan
Anith & Dayah -> UiTM Arau, Perlis.
Nisa -> UiTM Dungun, Terengganu.
Anep -> UTEM
Razman & Dollah -> PUO
Rafiqa -> UiTM Seri Iskandar.
Tascha & Hazim -> UNIKL
Ashnor -> UTP

Yang lain aku lupa. Sila rujuk FB. Hewhew :)

Oh ya, buat yang sambung Form 6. Okay je tu, Sangat okay k. Hehe. Yg sambung Matrik pulak. Chaiyok-3 !

Thank you for visiting here :)

Wednesday, May 2

Wordless Wednesday Part 1

Assalamualaikum.



Thank you for visiting here :)

Tuesday, May 1

THE AVENGERS. TERBAIK ♥

Assalamualaikum.


Tadi aku dah pergi tengok cerita ni. Seriously memang gempak and terbaik. Korang kena pergi tengok k. First yg ak kagum dgn cerita ni sebab teknologi yang teramat canggih. Derr kalau aku dapat kmputer yang nipis cenggitu, haihh ta tidur aku. K sebab tu aku ta dpt --"

Then bila tengok cerita ni, ada satu part diorang semua hero-2 yang sepatutnya bergabung, tiba-2 bergaduh sebab stau benda. So itu bagi peluang pada musuh lha kan. K lepas tu ad satu part memang lawak. Haha memang satu wayang tu gelak. Part dimana Hulk angkat Loki (abang Thor) lepastu hempas-2 dia banyak kali. Lepas dah habis hempas, Hulk blah sambil cakap "DEWA LEMBIK" Haha memang lawak. 

Fuhh yang best sbb cerita ni in 3D. So memang effect tu fuhh susah na cakap. Memang awesome. Actually first time pakai spek 3D tu dlm wyg. Before this dekat game. Hewhew memang best. K 5 bintang ;)




Tengok tau :)

Thank you for visiting here :)

BLOG INI ADALAH HAK MILIK PENUH NUR ASHIKIN ALMI. TERIMA KASIH